24 February 2010

AFC Cup : Selangor - 0 vs Becamex Binh Duong FC - 0



Perlawanan pertama Selangor dalam AFC Cup berakhir dengan keputusan seri 0-0 dengan pasukan dari Vietnam iaitu Becamex Binh Duong FC. Walaupun turun dengan sorakan kira-kira 5,000 penyokong sendiri, barisan serangan Selangor yang diketuai Mohd Safee Sali gagal untuk menghasilkan sebarang gol.

Skuad Gergasi Merah yang turun tanpa khidmat pemain import, bagaimanapun tidak gentar untuk menyaingi lawan yang memiliki tiga pemain dari Brazil, Afrika Selatan dan Nigeria.

Sayangnya, ketumpulan penyudah terus menjadi penghalang terbesar Selangor, malah ia dijangka memberi masalah buat pasukan itu kembali untuk perlawanan kedua menentang Sri Wijaya dari Indonesia di Palembang, 16 Mac ini.

Bagaimanapun pelawat jelas tidak dapat mudah meratah wakil dari Malaysia selepas membelasah Kedah 8-2 pada saingan suku akhir, tahun lalu ketika Selangor menjelmakan aksi membanggakan dan seharusnya mencuri tiga mata andai percubaan daripada Safee Sali pada babak kedua tidak terkena tiang.

Dengan keputusan seri 0-0 ini, kesemua pasukan di dalam Kumpulan F berkongsi satu mata apabila satu lagi perlawanan di antara wakil Maldives, Victory dan wakil Indonesia Sriwijaya FC turut berkesudahan tanpa jaringan.

SELANGOR: 21-Mohd Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Mohd. Nasriq Baharom, 7-Farderin Kadir (20-Amirulhadi Zainal), 10-Safee Sali, 12-Mohd. Bunyamin, 14-Hardi Jaafar, 15-P.Gunalan, 17-Amri Yahyah (c) (8-Safiq Rahim), 18-Liew Kit Kong (4-Mohd. Asraruddin)

BINH DUONG FC: 1-The Anh (GK), 2-Hoang Vuong, 4-Tran Chi Cong, 5-Nguyen Minh Chuyen (24-Chau Phong Hoa), 6-Vu Phong, 7-Kesley Huynh Alves, 8-Giang 9-Elenildo de Jesus, 10-Kubheka Philani Bhekizizwe, 15-Egbo Osita, 20-Quang Thanh (c)

 PERLAWANAN SETERUSNYA

SABTU (27 FEBRUARI 2010)

PULAU PINANG VS SELANGOR

(STADIUM BATU KAWAN)
Youl'll Never Walk Alone!

1 comments:

JUNAIDI said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails