17 February 2010

FA Cup : Selangor - 2 vs PKNS FC- 0



Selangor bangkit daripada 'tempoh rehat yang lama' untuk memulakan aksi mempertahankan mahkota Piala FA dengan nota ceria menewaskan PKNS 2-0 dalam perlawanan pertama, pusingan kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Selepas diberi laluan percuma pada pusingan pertama, skuad Merah Kuning bimbingan K Devan mendapati sukar untuk kembali ke rentak garang yang ditampilkan pada permulaan musim dan perlu menunggu sehingga minit ke-43 untuk menyaksikan rembatan kaki kiri Mohd Farderin Kadir menuju tiang kiri PKNS sebelum menerjah masuk ke dalam gawang.

Selepas rehat, gerakan barisan hadapan tuan rumah semakin tumpul yang memaksa jurulatih pasukan, K Devan memasukkan R Surendren bagi menggantikan Safee Salee pada minit ke-62. Sejurus itu rentak permainan mula berubah dan Selangor kembali mendominasi perlawanan pertama di kejohanan, musim ini.

Selangor menggandakan kelebihan menerusi gol R Surendren yang tampil menanduk masuk hantaran lintang cantik Safiq Rahim untuk menewaskan penjaga gawang PKNS, Saiful Amar Sudar pada minit ke-87.
Sebelum itu, pelawat mendapat peluang terbaik pada minit ke-75 hasil gerakan K Premanathan, namun percubaannya sekadar melepasi palang gol Selangor.

Kemenangan itu meletakkan Selangor pada landasan betul dalam usaha mengekalkan kejuaraan - sekali gus memberi laluan sukar buat ‘adiknya’ menjelang pertemuan timbal balik, pusingan kedua di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Sabtu ini.

SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharum, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 20-Amirulhadi Zainal (4-Asraruddin Putra Omar), 8-Safiq Rahim, 14-Hardi Jaafar, 7-Farderin Kadir, 17-Amri Yahyah (c) (9-Rudie Ramli), 10-Safee Sali (23-R.Surendren).

PKNS: 1-Saiful Amar Sudar, 9-P.Rajes, 5-Khairi Zainuddin, 15-Hairul Nizam Haniff, 4-Fadhil Hashim (c), 23-Azrif Nasrulhaq Badrul, 8-Fairuz Montana Zainal Abidin (18-Fitri Omar), 12-K.Premananthan (14-G.Mahathevan), 3-Aizulridzwan Razali, 24-Khairul Akhyar Husain (10-Alafi Mahmud), 11-Zamri Hassan.

PERLAWANAN SETERUSNYA

SABTU (20 FEBRUARI 2010)

    PKNS FC VS SELANGOR

(STADIUM MBPJ)
Youl'll Never Walk Alone!

1 comments:

JUNAIDI said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails