18 March 2010

Dare To Ask Dato' Sri Najib About Manchester United? Yes...I Am...


13 Mac 2010 merupakan hari bersejarah dalam hidupku apabila aku antara 300 orang yang bertuah dijemput untuk menghadiri majlis Jamuan Petang 1Malaysia Bersama YAB Dato' Sri Najib Razak di kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.


Majlis ini diadakan bagi meraikan  rakan-rakan online PM sama ada di Facebook atau Twitter. Ianya bermula apabila aku mendapat tahu bahawa PM akan mengadakan jamuan untuk sesiapa yang menjadi rakan online beliau bagi bertemu dan beramah mesra dengan PM secara live!. Jadi aku pun register la kat blog 1Malaysia beliau tanpa mengharap sangat pun kan... :)

Sehinggalah aku menerima email "Kamal Affendi bin Abd Samad, Anda Dijemput" dan sender nya ialah Najib Razak! Dan email itu adalah seperti dibawah ini....


Macam tak percayakan...tapi mungkin dah rezeki aku... Alhamdulillah...Jadi aku pun reply la untuk hadir,rugi woooo kalo tak pegi...tapi kena sertakan satu soalan untuk PM...hurm, agak-agak apa la aku nak tanya kat PM ni...jadi aku post la kat FB, kot-kot ada yg bole bagi idea kat aku...jadi kat FB ada yang suruh tanya pasal bonus tahun ni la, tanya projek juta-juta la... ahahaha...macam-macam...so i decided to ask my own question... and the question is....


i know...what a question right?aku pun tak expect la dengan soalan ini aku terpilih untuk ajukannya pada PM nanti...dan dari lebih kurang 7 orang yang terpilih semasa sesi dialog dengan PM tu, aku adalah orang yang kedua untuk bertanyakan soalan aku pada PM...semasa aku nyatakan yang aku ni penyokong Liverpool, ada yang bertepuk dan ada yang boooo.. aku... uhuhuhu...tapi ada aku kisah.. :P

Okla,berikut antara jawapan PM yang aku ingat.... PM bertanya berapa ramai fans MU dalam dewan tu, wah...ramai gak...(yg angkat tangan tu berpura-pura,aku tau..ahahha)..pastu PM bertanya plak berapa ramai fans Liverpool...perghh,ramai gak...(bangga aku,ada gak yg support...ehehehehe) pastu PM ckp yg anak pompuan dia pun fan Liverpool and her daughter said that "Liverpool is the team of future"...but PM replied, "yeah...that's for 10 years ago..."...wah,boleh tahan gak PM ni..pedas sungguh jawapanmu itu...ahahaha...

Tapi yang aku tak sangka, malam tu soalan aku tu disiarkan kat TV3 masa Buketin Utama...prime time tu... ahahahaha...so bolela tengok kat atas tu..walaupun sekejap,tp bolehlah gak naikkan rating TV3 pada siaran tu... ahahahaha...

Ok pada majlis tu aku duduk di Table 9 di mana pelbagai kaum dan agama duduk bersama sesuai dengan konsep 1Malaysia yang diketengahkan. Ada yang datang dari Seremban, Subang Jaya, KL dan lain-lain lah. Ada yang keje dengan Proton, student dan best skali brother ni buat advertising dan animation. Dia kata tengah buat production cartoon Cingkus Blues, the first 2D animation from Malaysia is to be shown on the Nickelodeon channel. Mantap kan...

Nak dijadikan cerita, memangla berhajat nak amik gambar dengan PM & dapatkan autograph dia tapi ramai sangat org...tak kesampaian hajatku...last2 amik gamba dengan anak laki dia iaitu Ashman Razak. Pun jadi la kan... main turn table tu...Ashman ni jd Dj kejap masa kitaorang tengah makan... Dahsyat...



Last sekali, ada la amik gambar ramai2 dengan PM & wife...punya la bersesak-sesak...aku paham,semua excited...ahahahaha...masa nak balik tu sempatla salam dengan PM dan tanya dia... "M.U. yer Dato' Seri" and he replied.."Yer..M.U"... ahahaha...lawakkan...dalam banyak-banyak soalan,itu gak yang aku tanya... ;P


Last sekali, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato' Sri Najib Razak & family kerana menjemput dan mengadakan majlis yang sungguh bermakna kepada kami. Diharap majlis ini akan diadakan lagi bagi memberi peluang kepada rakyat untuk lebih dekat dengan pemimpin negara. Sesungguhnya gagasan 1Malaysia itu sangat baik dan dapat dilihat pada majlis itu dimana semua rakyat tanpa mengira kaum dapat bersama-sama dan berkenalan antara satu sama lain.



P/s : Walaupun Dato' Sri Najib penyokong M.U tetapi saya tetap penyokong Liverpool. Kita jumpa Ahad ini di Old Trafford... Oh yeahhhh....
Youl'll Never Walk Alone!

3 comments:

cLinaku said...

idup kamal affendi!

yeayy..!!

faizhaqimi said...

terbaekk kamal afandi.
haha

JUNAIDI said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails