07 March 2010

MSL : Selangor - 4 vs Kedah - 0



Puas hati! Itulah perasaan aku bila tengok game ni malam semalam. Bimbang Selangor beraksi hambar seperti perlawanan menentang Pulau Pinang tempoh hari, tetapi perlawanan bertenaga disajikan oleh pemain-pemain Selangor. Dengan deretan peluang untuk menjaringkan gol, hanya 4 jaringan gol dihadiahkan kepada penyokong-penyokong Selangor yang dianggarkan seramai 10 ribu orang. Kira OK la tu kan... ;p

Gol yang dicari Selangor menjelma pada minit ke-26 setelah Safee bijak melihat Helmi terkeluar daripada posisinya dengan melakukan rembatan kencang kaki kiri dari luar kotak penalti yang terus menerjah penjuru kiri gawang gol Kedah. Hanya tiga minit selepas itu, Selangor pula berjaya memperolehi gol kedua selepas Amirulhadi menyudahkan gerakan satu duanya bersama Hardi Jaafar.

Pasukan pelawat dari utara bimbingan Ahmad Yusof, terus tersungkur dengan sepakan lambung ketua pasukan, Amri yang memerangkap penjaga gol Helmi Eliza Elias pada minit ke-60. Minit ke-76 pula menyaksikan Amirulhadi merembat separuh voli setelah mendapat umpanan lintang pemain gantian, D. Surendran dari sebelah kanan untuk melengkapkan kemenangan Selangor.

Dengan kemenangan besar itu, Selangor kekal di tangga teratas Liga Super dengan 22 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.

SELANGOR: 21.Hamsani Ahmad, 3.Razman Roslan (19.D.Surendran), 5.Khairul Anuar Baharum, 6.Nasriq Baharom, 15.P.Gunalan, 20.Amirulhadi Zainal (16.Azrine Efendy Saduddin), 12.Bunyamin Umar, 14.Hardi Jaafar, 8.Safiq Rahim, 17.Amri Yahyah (c), 10.Safee Sali (23.R.Surendren).

KEDAH: 1.Helmi Eliza Elias, 17.V.Thirumurugan, 3.Shahril Faizal Sharifuddin, 20.Khairul Helmi Johari, 21.Sabre Mat Abu, 7.Baddrol Bakhtiar, 8.Shahrulnizam Mustafa (c) (6.Shafizan Hashim), 29.Arfan Rasyid (24.Faizal Abu Bakar), 9.Azmi Muslim, 13.Saramsak Kram (27.Aminuddin Azmi), 14.Azlan Ismail.

PERLAWANAN SETERUSNYA

SELASA (9 MAC 2010)


                                           POS MALAYSIA FC VS SELANGOR

 (STADIUM SELAYANG)
Youl'll Never Walk Alone!

1 comments:

JUNAIDI said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails