31 January 2010

BPL : Liverpool - 2 vs Bolton Wanderers - 0

Liverpool terus dgn aksi yo-yo nya apabila membenam Bolton Wanderers 2-0 di Anfield mlm semalam. Jaringan Dirk Kuyt dan gol sendiri Kevin Davies yang terbias hasil rembatan Emiliano Insua sudah cukup menghadiahkan 3 mata berharga buat Liverpool.

Selepas hanya mampu seri 0-0 dengan Wolverhampton Wanderers pada perlawanan sebelumnya, peminat Liverpool memang mengharapkan kemenangan di tempat sendiri. Hasilnya kemenangan ini berjaya merapatkan jurang Liverpool dengan Spurs yang kini berada di tempat ke-empat dengan hanya 1 perbezaan mata.

 

Selepas ini game Merseyside Derby iaitu bertemu Everton di Anfield. Mesti malatop beb! Kalo jumpa Everton ni lain sikit. Mesti panas! Selalunya mesti ada layangan kad merah.  Jadi semua fans Liverpool, jgn ketinggalan saksikan game panas ini... Zaaaaazzzz....

Liverpool 2 - 0 Bolton Wanderers


Scoring Summary
Liverpool Bolton Wanderers
Dirk Kuyt (37)
Kevin Davies (og 70)
Match Stats

Liverpool Bolton Wanderers
Shots (on Goal) 19(4) 8(1)
Fouls 12 13
Corner Kicks 11 3
Offsides 2 0
Time of Possession 66% 34%
Yellow Cards 1 3
Red Cards 0 0
Saves 1 3
Match Information
Stadium: Anfield, England
Attendance: 43,413
Match Time: 15:00 UK
Official(s):
Steve Bennett (Referee)
Teams
Liverpool Bolton Wanderers
25 Pepe Reina22 Jussi Jaaskelainen
16 Sotirios Kyrgiakos12 Zat Knight
37 Martin SkrtelGary Cahill
22 Emiliano Insua18 Samuel Ricketts
23 Jamie Carragher15 Gretar Rafn Steinsson
20 Javier Mascherano16 Mark Davies
Alberto AquilaniFabrice Muamba
11 Alberto Riera21 Tamir Cohen
Steven GerrardMatthew Taylor
24 David Ngog27 Chung-yong Lee
18 Dirk Kuyt14 Kevin Davies
Youl'll Never Walk Alone!

30 January 2010

MSL : Perlis - 1 vs Selangor - 1

Selangor hanya berjaya mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Perlis di Kangar malam tadi. Selangor bagaimanapun ketinggalan dengan tandukan masuk Ahmad Fakri Saarani  pada minit ke-10 perlawanan.

Safiq Rahim muncul penyelamat Selangor untuk terus menjarakkan diri sebagai peneraju carta persaingan bola sepak Liga Super musim 2010.

Golnya menerusi sepakan percuma sejauh 25 meter pada minit ke-39, melegakan dan membawa juara bertahan itu memiliki kelebihan dua mata liga berbanding Terengganu yang cuba menyaingi di tangga kedua dengan menewaskan Kuala Lumpur 2-1.


Selepas ini perjalanan liga akan berehat selama sebulan di mana perlawanan berikutnya akan diadakan pada 27 Februari nanti. Diharapkan masa rehat yang panjang ini akan digunakan sebaik-sebaiknya oleh K.Devan untuk memperkukuhkan lagi skuadnya. Selamat berjuang!

PERLAWANAN SETERUSNYA


SELASA (16 FEBRUARI 2010)


 
                                                       SELANGOR VS PKNS FC

(STADIUM SHAH ALAM)


Youl'll Never Walk Alone!

27 January 2010

BPL : Wolverhampton Wanderers - 0 vs Liverpool - 0

Liverpool mencatat satu lagi keputusan yang mengecewakan apabila hanya mampu seri dengan
Wolverhampton Wanderers. Selepas bangkit dengan kemenangan ke atas Spurs tempoh hari, Liverpool tidak dapat meneruskan rentak kemenangan yang diharap-harapkan.

Hasilnya Liverpool mensia-siakan peluang untuk mendekatkan diri di tempat ke-empat (target season ni.. ehehehe...). Game wajib menang ini menyaksikan kehadiran semula Gerrard selepas berehat akibat kecederaan, namun masih tidak dapat membantu Liverpool. Haihhh.. Gerrard pun tengok mcm tak fit jek...masuk Aquilani pun ok aper...



Perlawanan yang hambar ini menyaksikan hampir tiada percubaan menarik dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Sangatlah bosan. Dah la game pukul 4 pagi, makin mengantuk dibuatnya. Ingat dapatla tengok game macam lawan Spurs haritu, tapi hampehhh....

Selepas game ini, kedengaran rumours bahawa Benitez dirisik oleh Juventus untuk menjadikan beliau sebagai manager baru mereka. Dengan performance yang hampeh setakat ini, ada gak team nak amik Benitez yer...laku gak dia...ehehehehe...


Wolves 0 - 0 Liverpool

Scoring Summary
Wolverhampton Wanderers
Liverpool
Match Stats

Wolverhampton Wanderers
Liverpool
Shots (on Goal)
6(1)
8(1)
Fouls
9
9
Corner Kicks
0
7
Offsides
2
2
Time of Possession
48%
52%
Yellow Cards
0
1
Red Cards
0
0
Saves
1
1
Match Information
Stadium: Molineux Stadium, England
Attendance: 28,763
Match Time: 19:45 UK
Official(s):
Peter Walton (Referee)
Teams
Wolverhampton Wanderers
Liverpool
13 Marcus Hahnemann
25 Pepe Reina
16 Christophe Berra
16 Sotirios Kyrgiakos
Jody Craddock
37 Martin Skrtel
11 Stephen Ward
22 Emiliano Insua
23 Ronald Zubar
23 Jamie Carragher
27 Michael Mancienne
20 Javier Mascherano
Karl Henry
21 Lucas
17 Matthew Jarvis
18 Dirk Kuyt
32 Kevin Foley
Steven Gerrard
29 Kevin Doyle
11 Alberto Riera
20 Nenad Milijas
17 Maxi Rodríguez
Youl'll Never Walk Alone!

26 January 2010

MSL : Selangor - 6 vs Johor - 0

Red Giants bangkit semula di Stadium Shah Alam apabila membenam Johor dengan keputusan 6-0. Selepas tewas 4-0 kepada Terengganu tempoh hari, Selangor  menghapuskan duka lara dengan mencatat kemenangan terbesar setakat ini.

Amukan Selangor bermula seawal minit ke-5 apabila Amirulhadi melakukan lambungan cantik selepas menerima hantaran Nasriq Baharom. Gol kedua Selangor akhirnya menjelma pada minit ke-31 menerusi percubaan kemas Safee dari luar kotak penalti yang tepat menuju penjuru kiri gawang Johor.

Safee meledak gol kedua peribadinya yang juga gol ketiga Selangor pada minit ke-42 menerusi sepakan kaki kiri lencong dari luar kotak penalti hasil lorongan Amirulhadi.



Selesa mendahului 3-0, Selangor tidak melakukan sebarang pertukaran sebaik babak kedua bermula dengan terus menyerang bagi mencari tambahan gol. Hasilnya gol keempat Selangor menyusul pada minit ke-52 menerusi penyudah kemas Razman dari dalam kotak penalti.

Pada minit ke-60 barulah jurulatih Selangor, K. Devan melakukan dua pertukaran serentak dengan memasukkan Azrine Efendy Saduddin dan D. Surendran menggantikan Liew Kit Kong dan Razman.

Gol kelima Selangor dihasilkan pada minit ke-84 selepas Amirulhadi menanduk masuk bola sepakan sudut. Manakala gol keenam djaringkan Safiq hasil sepakan percuma dari sebelah kiri yang telah tertumbuk masuk ke gawang sendiri oleh penjaga gol Johor pada minit ke-88.

Semoga perlawanan Sabtu ini di Perlis, Selangor dapat mengekalkan rentak kemenangan untuk meninggalkan jauh pencabar-pencabar lain di Liga Super. InsyaAllah.

SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan (19-D.Surendran), 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 20-Amirulhadi Zainal, 8-Safiq Rahim, 14-Hardi Jaafar, 18-Liew Kit Kong (16-Azrine Efendy Saduddin), 17-Amri Yahyah (c), 10-Safee Sali (9-Rudie Ramli).

JOHOR: 22-Amron Jaihan, 3-Hishamuddin Othman (5-Ismail Suboh), 4-Adib Aizuddin Ab. Latif, 6-Rezuan Radzy, 15-Razdi Jasman, 16-K.Puvinderan Naidu (9-Rosiful Nizam Omar), 17-Fahian Roslan, 18-L.Rajesh, 19-Shaharuddin Abd. Kadir, 23-Irfan Abd. Ghani (c) (2-S.Kumaresan), 24-Shoufiq Kusaini.


PERLAWANAN SETERUSNYA

SABTU ( 30 JANUARI 2010)


 
                                                                PERLIS VS SELANGOR


( STADIUM UTAMA NEGERI, KANGAR)


Youl'll Never Walk Alone!

24 January 2010

MSL : Terengganu - 4 vs Selangor - 0


 Terengganu menjadi pasukan pertama memusnahkan rekod cemerlang Selangor dalam saingan Liga Super musim ini apabila mencatat kemenangan 4-0 ke atas Selangor di Kuala Terengganu malam tadi.

Perlawanan yg turut disiarkan secara langsung oleh RTM1 itu memperlihatkan benteng pertahanan Selangor agak rapuh apabila menerima ancaman bertali arus dari Manaf Mamat dan Ashari Shamsudin.

Pada perlawanan tersebut, Terengganu tidak menunggu lama apabila penyerang Abdul Manaf Mamat membuka tirai jaringan seawal minit kesepuluh. Selangor yang dilihat terdesak mencari gol penyamaan terpaksa akur apabila Terengganu dihadiahkan sepakan penalti dan Ashari Shamsudin mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk selesa mendahului 2-0 pada minit ke-33.Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, Selangor dilihat melancarkan serangan bertali arus ke kubu Terengganu untuk mencari gol pertama mereka. Selangor juga memasukkan supersub superstarnya iaitu R.Surendren tapi dia hanya mampu bertahan selama 8 minit sahaja akibat kecederaan. Akibatnya Selangor terpaksa bermain dengan 10 orang sahaja sehingga tamat permainan kerana sudah melakukan 3 pertukaran

Akhirnya akibat kelalaian tonggak pertahanan, Selangor telah memberi peluang kepada pemain Terengganu, Joseph Kalang Tee menjaringkan gol ketiga pasukannya pada minit ke-75 sebelum Ashari sekali lagi menyumpurnakan sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-92 bagi melengkapkan malam gemilang Terengganu dengan kemenangan 4-0.

Apa pun aku keadaan padang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah tu memang hancur. Bole tengok bola melantun-lantun. Susah player nak pass,control and kick the ball. Player tuan rumah untung la sebab dah biasa main padang mcm tu. Tapi nak buat mcmana, padang tu je yg ada. Apa-apa pun harap Selangor dapat kembalikan kemenangan pada game selepas ini.


TERENGGANU: 25-Sharbinee Allawee Ramli, 3-Muhaimin Omar, 17-Marzuki Yusof (c), 11-Ronny Harun, 21-Helmi Remli, 19-K.Rajan (12-Josep Kalang Tie), 16-Tengku Hasbullah Raja Hassan, 7-Zairo Anuar Zalani (15-Tengku Hazman Raja Hassan), 8-Firdaus Faudzi (9-Wan Aliff Wan Jasmi), 22-Ashaari Samsudin, 10-Abdul Manaf Mamat.

SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 17-Amri Yahyah (c), 12-Bunyamin Umar (18-Liew Kit Kong), 14-Hardi Jaafar, 20-Amirulhadi Zainal (4-Asraruddin Putra Omar), 8-Safiq Rahim, 10-Safee Sali (23-R.Surendren)

PERLAWANAN SETERUSNYA

SELASA (26 JANUARI 2010)

 
                                                       SELANGOR VS JOHOR


(STADIUM SHAH ALAM)

Youl'll Never Walk Alone!

21 January 2010

BPL : Liverpool - 2 vs Tottenham Hotspur - 0



Perlawanan jam 4 pagi ini (waktu Malaysia) betul-betul menduga kewibawaan aku sebagai fans Liverpool yang setia. Nak tengok ke taknak tengok? sebab esok keje la katakan...terbabas nanti sape nak jwb beb..last-last aku set je alarm kat handphone aku...

Dengan mata yg kuyu-kuyu sepet,aku gagahkan juga tengok game ni. 1st sekali aku nak tgk sape yg main forward. Wah, Kuyt main striker dan bukannya Ngog? Terdetik juga dlm hati, "mcmana la Liverpool nak score pagi ni?takkan harapkan set piece lagi!".

Tengah usha-usha sape yg main 1st eleven (tengah mamai la katakan), tetibe je aku tengok Aquilani dah jatuh kena tackle dan Kuyt score entah mcmana. Tengok replay barula dapat butiran dgn jelas. Wah, dah lama Liverpool tak score awal ni. Tapi malas nak celebrate lebih-lebih sebab dah selalu kena, last minute nanti kena balik. uhuhuhuhu...

Sambil terlelap dan terjaga bertukar posisi... ahahaha...tetibe dah nak abes game...tetibe Ngog dapatkan penalti...tetibe Kuyt amik penalti tu 2 kali... tetibe dah 2-0... tetibe Liverpool menang... tetibe Liverpool dah naik no.6!... (berapa banyak tetibe daaaa....)... ahahahaha...

Rasa berbaloi aku jaga pagi ni...pergi keje pun dengan hati yg riang dan bersemangat sekali! uhuhuhu...Tapi harap-harap kemenangan ini berkekalan...takdela aku selalu kena bahan dgn budak2 M.Unkey & Arsengal...hakhakhak...

Okla,nak cover blk tido mlm tadi...Tido pun ada senyummmm... ahahaha.. Sekian ;-p

Liverpool 2 - 0 Tottenham Hotspur 

Scoring Summary
Liverpool
Tottenham Hotspur
Dirk Kuyt (6)

Dirk Kuyt (pen 90)

Match Stats

Liverpool
Tottenham Hotspur
Shots (on Goal)
14(5)
10(3)
Fouls
11
17
Corner Kicks
2
3
Offsides
2
5
Time of Possession
45%
55%
Yellow Cards
2
3
Red Cards
0
0
Saves
3
3
Match Information
Stadium: Anfield, England
Attendance: 42,016
Match Time: 20:00 UK
Official(s):
Howard Webb (Referee)
Teams
Liverpool
Tottenham Hotspur
25 Pepe Reina
Gomes
16 Sotirios Kyrgiakos
26 Ledley King
37 Martin Skrtel
20 Michael Dawson
22 Emiliano Insua
Gareth Bale
23 Jamie Carragher
22 Vedran Corluka
21 Lucas
12 Wilson Palacios
20 Javier Mascherano
Jermaine Jenas
Alberto Aquilani
21 Niko Kranjcar
11 Alberto Riera
14 Luka Modric
27 Philipp Degen
15 Peter Crouch
18 Dirk Kuyt
18 Jermain Defoe

Youl'll Never Walk Alone!

20 January 2010

MSL : Selangor - 4 vs Pahang - 0


Selangor kekal di tangga teratas Liga Super dengan 12 mata maksimum selepas empat perlawanan apabila berjaya menewaskan Pahang dengan 4 gol tanpa balas.

Selangor berjaya mendahului 1-0 pada separuh masa pertama selepas Safee menyumbat gol pertama pada minit ke-34.

Babak kedua bermula, Selangor tidak perlu menunggu lama apabila berjaya memperolehi gol kedua menerusi tolakan Safiq Rahim. Dua gol lagi dijaringkan oleh supersub berbahaya Selangor iaitu R. Surendren.

Aku masih tak dpt nak tengok game Selangor season ni sebab semua game di Shah Alam setakat ini dimainkan pd hari Selasa.  Sabor aje la...

Selangor selepas ini akan bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu untuk menentang pasukan Terengganu pada Sabtu ini. Game ni pasti sengit sbb Sang Penyu berada 4 point di belakang Selangor. Dua-dua team belum pernah tewas lagi setakat ini.

So, good luck Red Giants! Kepada Selangor fans yg berkonvoi ke Terengganu, berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat pergi dan selamat pulang. InsyaAllah...

SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 19-D.Surendran (18-Liew Kit Kong), 8-Safiq Rahim, 14-Hardi Jaafar, 9-Rudie Ramli (23-R.Surendren), 17-Amri Yahyah (c) (20-Amirulhadi Zainal), 10-Safee Sali.


PAHANG: 22-Wan Azraie Wan Teh, 21-Hasmizan Kamarudin (6-Hazri Rozali), 3-Saiful Nizam Miswan, 4-Fadzirul Zakaria, 5-Nik Zul Aziz Nawawi, 10-Famirul Asraf Sayuti (17-Abdul Rahman Kadir), 2-Jalalludin Jaafar (c), 20-Shahrizan Salleh, 7-R.Surendran (8-Amirullah Abd. Razab), 9-R.Karthigesu, 12-Azammuddin Akil.

PERLAWANAN SETERUSNYA


SABTU (23 JANUARI 2010)



                                                   TERENGGANU VS SELANGOR


 (STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH)


Youl'll Never Walk Alone!

19 January 2010

Now Everyone Can't Fly ---> To West Ham!



Datuk Seri Tony Fernandes tewas dalam persaingan untuk mengambil alih kelab West Ham United setelah bekas Birmingham owners David Gold and David Sullivan mengesahkan bahawa mereka berjaya menguasai 50% saham dalam West Ham.

Seperti sebelum-sebelumnya, impian hanya tinggal impian. Perancangan kemungkinan untuk menghantar player Malaysia ke sana mungkin terbantut buat sementara waktu. Mungkin ada player2 yg dah berangan2 untuk berguru dengan Zola... Well my friends...you have to wait more longer lah....

Walaupun begitu, dua pemilik baru West Ham mengikut laporan agensi berita AP, dikatakan mahu berbincang dengan Fernandes untuk memiliki sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah pegangan kelab itu yang nilainya antara RM55 ke RM82 juta.


Tapi aku harap, taikun2 business ni akan cuba untuk takeover club lain plak... Maybe Liverpool ke... muahahah... aku dah bosan dengan George Gillett dan Tom Hicks tahap dewa dah ni... Yank Liars Out!


Youl'll Never Walk Alone!

17 January 2010

MSL : KL Plus - 0 vs Selangor - 1




Selangor kekal di tangga teratas Liga Super setelah berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas KL Plus di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi. Jaringan tunggal pemain tengah, Hardi Jaafar pada minit ke-67 sudah cukup untuk memberikan Selangor 9 mata maksimum selepas tiga perlawanan musim ini.

Akhirnya Selangor tak bolos selepas sebelum ini mesti melepaskan gol masa 1st half dan akan kejar blk masa 2nd half. Harap game lepas ni dpt clean sheet lagi. Teruskan kumpul 3 mata untuk jarakkan lagi dr pencabar2 lain yg dah hilang beberapa point.

Tp kesian gak kat player yg mesti keletihan sebab kena main hari Sabtu dan Selasa. Selain meningkatkan risiko kecederaan, game juga terganggu sbb diorang ni mesti letih beb... Tu yg kadang2 main mcm nak taknak tu. Tapi nak buat mcmana kan,coach kena bijak la. Pandai rotate player. Sbb tahun ni Selangor masuk AFC Cup plak tu. Masakla kan... ehehehe...

So keep it up Red Giants...Teruskan kegemilangan Merah Kuning! Oh yeahhh...

KL PLUS: 1-Faizal Rashid, 25-Azi Shahril Azmi, 5-Norhafiz Zamani Misbah, 7-Azrul Azmi, 21-Irwan Fadzli Idrus (c), 12-S.Sumindran (19-Ab. Aziz Ismail), 8-Reeshafiq Alwi, 11-Lot Abu Hassan, 17-Nazrin Nawi (18-Badrul Hisani Abd. Rahman), 10-Nizaruddin Yusof, 20-Fadzli Saari.

SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 18-Liew Kit Kong (23-R.Surendren), 12-Bunyamin Umar, 14-Hardi Jaafar, 17-Amri Yahyah (c) (9-Rudie Ramli), 8-Safiq Rahim, 10-Safee Sali (20-Amirulhadi Zainal).

PERLAWANAN SETERUSNYA


SELASA (19 JANUARI 2010)


   
SELANGOR    VS      PAHANG


( STADIUM SHAH ALAM)


Youl'll Never Walk Alone!

16 January 2010

BPL : Stoke City - 1 vs Liverpool - 1


Badi gol pada minit-minit terakhir permainan terus menghantui Liverpool pada musim ini. Kali ini jaringan Robert Huth pada minit ke-90 sekali lagi mengecewakan fans Liverpool yg mengharapkan kemenangan bg menebus kesuraman ketika terkeluar dr saingan Piala FA minggu lepas.

Permainan hari ini ternyata mengecewakan apabila serangan Liverpool kelihatan longlai yg turun tanpa kelibat Gerrard & Torres. Ternyata tanpa kehadiran kedua-dua tulang belakang Liverpool ini, permainan yg ditunjukkan sgt hambar dan kurang bermotivasi.

Setelah 1st half kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, Liverpool akhirnya menembusi gol Stoke City melalui jaringan Sotirios Kyrgiakos hasil drpd sepakan percuma. Ini merupakan gol pertama Kyrgiakos sepanjang kariernya bersama Liverpool.

3 mata yg diharapkan dpt dibawa pulang ke Anfield akhirnya lebur apabila Huth yg tidak dikawal hanya perlu menolak masuk ke pintu gol Liverpool bg menyamakan kedudukan. Liverpool sepatutnya dpt menjaringkan gol kemenangan tetapi tandukan Kuyt pada masa kecederaan terkena tiang. Adoyaiiiii...!!!

Akibat drpd keputusan seri ini, Benitez terus dihentam & dikritik agar beliau digantikan dgn manager baru. Kadang-kadang marah pun ada, kesian pun ada dgn Benitez ni...nak salahkan dia 100% pun tak bole. Tp satu perkara positif dlm game ini ialah kemunculan pertama Maxi Rodriguez yg mungkin serba sedikit dpt membantu Liverpool musim ini walaupun belum dpt tgk dia main sepenuhnya. Mungkin pd game seterusnya.

Apa-apa pun harap next game Liverpool dpt mencari kemenangan bg mengembalikan semangat yg hilang. Oh yeaahhhh....


Stoke City 1 - 1 Liverpool 

Scoring Summary
Stoke City
Liverpool
Robert Huth (90)
Sotirios Kyrgiakos (57)
Match Stats

Stoke City
Liverpool
Shots (on Goal)
10(2)
8(1)
Fouls
13
12
Corner Kicks
10
0
Offsides
0
1
Time of Possession
45%
55%
Yellow Cards
1
2
Red Cards
0
0
Saves
0
1
Match Information
Stadium: Britannia Stadium, England
Attendance: 27,247
Match Time: 12:45 UK
Official(s):
Lee Mason (Referee)
Teams
Stoke City
Liverpool
29 Thomas Sorensen
25 Pepe Reina
25 Abdoulaye Faye
16 Sotirios Kyrgiakos
17 Ryan Shawcross
37 Martin Skrtel
Danny Higginbotham
22 Emiliano Insua
Robert Huth
23 Jamie Carragher
15 Salif Diao
21 Lucas
18 Dean Whitehead
20 Javier Mascherano
26 Matthew Etherington
12 Fabio Aurelio
24 Rory Delap
27 Philipp Degen
20 Tuncay Sanli
24 David Ngog
11 Mamady Sidibe
18 Dirk Kuyt

Youl'll Never Walk Alone!

14 January 2010

FA Cup 3rd Round (Repeat) : Liverpool - 1 vs Reading - 2

Game yg mengecewakan dr Liverpool...dah leading 1-0 hingga la last minit Benayoun ter'tackled' pemain Reading dlm kotak penalti plak... Reading berjaya gol kan penalti tersebut dan game dilanjutkan di masa tambahan... dan kena sebijik lagik...aduh..well, Liverpool terkeluar dr saingan Piala FA...apo nok buek jang oi...tak dapek den nolong...

Dgn cara main mcm tu,memang susah nak gi jauh...Torres and Gerrard main 1st half je sbb injury...tak tau lh next game dpt main ke tak...adeh...well, Benitez mesti kena komen kaw2 punya...so skrg kena kejar top 4 spot utk UCL...tapi mcm biasa, wa relax je...tau kwn2 dah sedia nak bahan... hakhakhak...

Liverpool 1 - 2 Reading

Scoring Summary
Liverpool Reading
Ryan Bertrand (og 45)Gylfi Sigurdsson (pen 90)

Shane Long (100)
Match Stats

Liverpool Reading
Shots (on Goal) 15(9) 8(4)
Fouls 17 14
Corner Kicks 9 2
Offsides 3 4
Time of Possession 57% 43%
Yellow Cards 1 4
Red Cards 0 0
Saves 5 6
Match Information
Stadium: Anfield, England
Attendance: 31,063
Match Time: 19:45 UK
Official(s):
P Dowd (Referee)
Teams
Liverpool Reading
1 Cavalieri DiegoAdam Federici
23 Jamie Carragher16 Ivar Ingimarsson
27 Philipp DegenMatthew Mills
Daniel Agger24 Ryan Bertrand
22 Emiliano InsuaBrynjar Gunnarsson
Steven Gerrard11 Jobi McAnuff
Alberto AquilaniKalifa Cisse
15 Yossi Benayoun20 Jem Karacan
21 Lucas25 Gylfi Sigurdsson
18 Dirk Kuyt23 Grzegorz Rasiak
Fernando Torres18 Simon Church
Youl'll Never Walk Alone!

13 January 2010

MSL : Selangor - 4 vs Kuala Lumpur - 1

  Aku tak dpt tgk game ni sbb game berlangsung pada hari kerja dan aku tersangatlah bz minggu  ni. Jd dpt dengar ulasan dr Radio Selangor je. Sedikit ulasan dr aku.... Selangor terus cemerlang dlm saingan Liga Super apabila berjaya mencatat kemenangan bergaya 4-1 di Shah Alam malam tadi.  Tapi Kuala Lumpur terlebih dahulu berjaya menembusi gawang Selangor selepas sepakan percuma Azwan Abd. Malek dari sebelah kanan berjaya ditanduk masuk Kuong Yong (dah lama aku tak tengok pemain Cina jaringkan gol) .Akhirnya Selangor berjaya juga menyamakan kedudukan selepas Safee menanduk tepat bola hantaran lintang Safiq dari sebelah kiri pada minit ke-34. Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan terikat 1-1.
Pada separuh masa kedua, Devan sekali lagi mencatur strategi yg sama ketika bertemu Negeri Sembilan apabila memasukkan R.Surendran untuk bergandingan dgn Safee.

Hasilnya Selangor berjaya memperoleh gol kedua pada minit ke-58 hasil jaringan Amri yang bijak memperdayakan penjaga gol KL setelah dia menerima hantaran belakang menarik daripada Safee.Gol ketiga dan keempat Selangor menyusul pada minit ke-77 dan ke-88 hasil jaringan supersub sensasi iaitu R.Surendran.

Jika dilihat pada 2 perlawanan awal ini,Selangor bolos pada setiap separuh masa pertama. Aku rasa formation 4-4-1-1 ni kurang berkesan, layu & lesu. Bila formation 4-4-2 ini dipraktikkan pada separuh masa kedua, dengan kemasukan Surendran yg menjadi itu...ehehehe..ternyata serangan Selangor lebih ganas & bernafsu...Wah! ;p...

Apa2 pun syabas diucapkan kepada Red Giants. Semoga corak kemenangan ini akan diteruskan pada game yg seterusnya. Minggu ni tak pasti samada dpt tgk game kat Stadium MBPJ. Akan diusahakan. Oh yeahhh....

SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Nasriq Baharom, 4-Asraruddin Putra Omar, 18-Liew Kit Kong (23-R.Surendren), 8-Safiq Rahim (12-Bunyamin Umar), 14-Hardi Jaafar, 7-Farderin Kadir (20-Amirulhadi Zainal), 17-Amri Yahyah (c), 10-Safee Sali.

KUALA LUMPUR: 19-Remezey Che Ros, 6-Jeremy Matthew Danker, 7-Azwan Abd. Malek, 8-Azidan Sarudin (c), 13-Raimi Md. Nor, 14-Badrol Hisham Azmi (17-Fahruzzahar Ali), 18-Yong Kuong Yong (10-Khairul Anuar Shafie), 20-Farouk Hashim, 21-Syafiq Johari (30-Ahmad Hazwan Bakri), 23-Farid Ramli, 25-Ahmad Dashila Tajudin.


PERLAWANAN SETERUSNYA


SABTU (16 JANUARI 2010)



  KL PLUS      VS     SELANGOR


(STADIUM MBPJ, KELANA JAYA)


Youl'll Never Walk Alone!

10 January 2010

MSL : Negeri Sembilan - 1 vs Selangor - 2 (Piala Sumbangsih)





Alhamdulillah Selangor mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih yg dimenanginya tahun lalu setelah berjaya mengalahkan Nogori Sembile 1-2 sebentar tadi. Perlawanan yg berlangsung di Stadium Paroi itu juga menyaksikan Selangor berjaya memungut 3 mata penuh bg permulaan Liga-M musim ini.

Perlawanan yg disiarkan secara langsung di TV1 ini bagaimanapun menyaksikan Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas Idris Karim menanduk masuk bola hasil sepakan percuma ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad pada minit ke-27.

1st half ni aku tgk Selangor main huru-hara. Pemain-pemain baru seperti Liew Kit Kong, Farderin Kadir & Safiq Rahim masih tercari-cari rentak permainan. Pemain lama pun mcm tu gak seperti Hardi Jaafar & Amri.

Bila masuk 2nd half,game tak banyak berubah. S.Kunanlan byk huru-hara kan benteng Selangor. Laju mcm lipas kudung. Tp Asraruddin kira okla jaga dia. Turning point game ni adalah bila Devan masukkan R.Surendran & Amirulhadi utk gantikan Kit Kong & Farderin. Tak lama lepas tu bole tengok hasilnya bila hasil gerakan Suren, dia berjaya lorongkan bola utk Safee jaringkan gol penyamaan Selangor. Gol kedua plak hasil jaringan Suren hasil lorongan Safee plak.

Bijak taktikal Devan ni. Lepas tgk Amri mcm tak berjaya je jd back-up striker,dia letak Amri kat tengah dan letak Suren & Safee jd striker. Formation 4-4-2 utk last 15 minit terakhir tu betul2 menjadi. Tp bg aku, player2 byk yg main below par. Maybe sbb 1st game. Lambat panas....

Tapi apa2 pun harap game lps ni tak mcm tu la kan. Byk yg Devan kena buat terutama nak serasikan player2 yg baru masuk Selangor musim ni. InsyaAllah kalau takde hal, aku akan ke stadium seperti biasa utk berikan sokongan.

NEGERI SEMBILAN: 22-Farizal Harun, 5-Alif Samsudin (5-Rahman Zabul), 7-Aidil Zafuan Radzak, 12-Shukor Adan, 15-Ching Hong Aik, 9-Shahurain Abu Samah (14-K.Thanaraj), 17-Idris Karim, 23-Rezal Zambery Yahya (c), 6-S.Kunanlan, 18-Norizam Salaman (28-Asyraf Al-Japri), 8-Zaquan Adha Radzak.

SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Nasriq Baharom, 4-Asraruddin Putra Omar, 18-Liew Kit Kong (19-D.Surendran), 8-Safiq Rahim, 14-Hardi Jaafar (23-R.Surendren), 7-Farderin Kadir (20-Amirulhadi Zainal), 17-Amri Yahyah (c), 10-Safee Sali.


PERLAWANAN SETERUSNYA


SELASA (12 JANUARI 2010)



                                                       SELANGOR  VS  KUALA LUMPUR


(STADIUM SHAH ALAM)


Youl'll Never Walk Alone!

08 January 2010

Skuad Selangor 2010



Musim baru Liga-M akan bermula esok di mana Selangor akan memulakan langkah dgn bertemu pasukan Nogori Sembile di Paroi bagi merebut Piala Sumbangsih. InsyaAllah jika tiada aral melintang, aku seperti biasa akan ke stadium utk memberikan sokongan. Good luck to Red Giant! Sila bawa sebanyak piala yg mungkin terutama Piala Malaysia yg terlepas untuk digapai tahun lalu. Kami sentiasa akan menyokong mu. Viva, Viva, Viva Selangor!



Berikut adalah pemain-pemain yang akan membawa cabaran Selangor musim ini.





Youl'll Never Walk Alone!

07 January 2010

Now Everyone Can Fly ---> To West Ham!



Dua tokoh korporat tempatan, Datuk Seri Tony Fernandes dan Datuk Kamaruddin Meranum kini di peringkat akhir untuk membeli kelab bola sepak Liga Perdana England, West Ham United.

Sumber memberitahu, pembelian kelab yang dibimbing oleh Gianfranco Zola itu akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu akan datang.
Katanya, menerusi pembelian tersebut, Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd. (AirAsia) dan Kamaruddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, akan memegang 51 peratus saham kelab tersebut.

''Pemilikan kelab West Ham oleh kedua-dua tokoh korporat itu adalah pelaburan peribadi dan ia tidak melibatkan kepentingan syarikat AirAsia,'' kata sumber tersebut. Fernandes merupakan penyokong setia West Ham.

Beliau juga adalah Ketua Pasukan Lotus F1 Racing manakala Kamaruddin merupakan Pengarah pasukan yang akan beraksi dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini. Tambah sumber tersebut, pemilikan kelab England itu turut membuktikan kemampuan rakyat Malaysia membeli sebuah kelab yang beraksi dalam liga bola sepak terkemuka di dunia.

''Pemilikan West Ham oleh kedua-dua tokoh korporat itu kena pada masanya kerana ketika ini para pemain bola sepak negara sedang mencari kelab untuk berlatih di Eropah.
''Atas semangat 1Malaysia, saya percaya mereka tiada halangan untuk memberi kebenaran jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menempatkan para pemain negara di West Ham,'' kata sumber tersebut..

West Ham United berpusat di Upton Park, timur London, menduduki tangga keempat tercorot Liga Perdana England dengan mengumpul 18 mata dari 20 perlawanan, di depan, Bolton, Hull dan Portsmouth.
Antara pemain utama West termasuk Scott Parker, pemain kebangsaan England, Matthew Upson, penjaga gol Robert Green serta Kieron Dyer. Musim lalu, West Ham menduduki tempat kesembilan dan kedudukan terbaik kelab itu dalam Liga Perdana ialah di tangga kelima pada 1998-99.

Patutla sebelum ni Menteri Belia & Sukan kata ada plan utk hantar player Malaysia ke oversea, rupa-rupanya ada anak Malaysia yg membuka ruang dan peluang kepada FAM. Syabas! Harap impian utk lihat player Malaysia main kat liga2 hebat seperti EPL atau La Liga akan tercapai. Tapi pastikan pemilikan ini satu realiti dahulu. Dulu ada juga dengar taikun2 bisnes dr Malaysia nak beli Newcaste la, beli share Manchester United la..tp habuk pun tarak...Well, just wait & see la... Oh yeahhh...
Youl'll Never Walk Alone!

06 January 2010

Stres Di Tempat Kerja



Minggu ni merupakan minggu yg sangat bz. Balik sampai umah pun pukul 1 pagi. Jd sedikit sebanyak ada gak la terkena sindrom "Stres Di Tempat Kerja". Antara tanda-tanda anda mungkin mengalami stres adalah:
  • Gangguan selera makan selera je aku makan...bos blanjer setiap hari...ahahaha...
  • Merokok berlebihan sebatang je... ;p
  • Kerisauan yang berlebihan risau takut keje tak siap,tp takla berlebihan
  • Mudah meradang belum emo lagi ni...
  • Kelesuan memang penat beb...
  • Hilang tumpuan dan motivasi mcm malas je nak gi keje....
  • Gangguan tidur dah ponat, sonang ajo den tido!
  • Tingkahlaku agresif belum lagi nak  jd HULK.. ahahaha..
Tp relax...Sabar...ada langkah-langkah untuk tangani stres di tempat kerja. Antaranya adalah:
  • Bersikap realistik terhadap pekerjaan anda lakukan yg terbaik & have fun!
  • Rancang kerja anda jgn bertangguh & plan your work!
  • Bersikap positif terhadap perubahan dalam kerja be positive,jgn gelabah tak tentu hala. ;p
  • Amalkan komunikasi berkesan di tempat kerja jgn marah2 officemate,luahkan pendapat dgn tenang
  • Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja buat lawak2 best dgn rakan sekerja,tp jgn over sgt.nnt menyampah plak diorang.Lagi stres jd nya. ahahaha.
  • Amalkan cara hidup sihat relax,jgn kuat isap rokok dan memblog dgn tenang...mcm aku buat skrg ni.. ehehehe...
  Sekian petua kesihatan dr Dr.Kamal... Renung-renungkan dan selamat beramal..  Oh yeahhhh....


Youl'll Never Walk Alone!

04 January 2010

Leeds Dengan Slumber Singkirkan Manchester United!

Hari ni member2 kat FB tengah berjoli sakan dengan komen2 pedas utk tatapan fan M.Unkey...segala luahan perasaan dilontarkan sehingga aku terpaksa mententeramkan keadaan buat seketika...ahahaha... Ni antara komen-komen yg laser dan lazat... "hahaha mane pi MUted2???dah la kalah dgn leeds... pergh.. .weh...club ni turun div sebab bankrupt...ni club kaya dgn duit jual player tu pun boleh kalah kaa...mane budak MU yg meletup2 tu?senyap je..."  
"man u kalah ngan div 3...main gaduh...dah kalah mcm tu laa..tempat sendiri lak tu..kasi taruk dulu..m.u looseerrrr.... statement berkompang.. fan m.u bagitau kat aku..leeds makanan m.u.. senang2 tapau..final dlm tangan...bole ke????"
Serba sedikit kisah yg menggembirakan ini... ehehehe.. Manchester United tersingkir daripada saingan Piala FA apabila tewas mengejut 0-1 kepada kelab Divisyen 3, Leeds United pada perlawanan pusingan ketiga yang berlangsung di Old Trafford, semalam.

Kekalahan paling memalukan United dalam pertandingan tertua di dunia dalam tempoh 26 tahun itu apatah lagi di depan penyokong sendiri menjadikan mereka satu-satunya kelab gergasi Liga Perdana England yang tersingkir paling awal.

United juga cuba bangkit selepas ketinggalan menerusi jaringan Jermaine Beckford pada minit ke-19 permainan.Beckford menyambut hantaran jauh rakan sepasukan, Johnny Howson terus ke dalam kotak penalti sebelum menewaskan dua pemain United termasuk penjaga gol Tomas Kuszczak.

Namun skuad bimbingan Alex Ferguson yang hanya menurunkan ramai pemain simpanan mendapati benteng Leeds begitu ampuh bertahan selepas itu.Kali terakhir United tewas di tangan kelab liga bawahan dalam saingan Piala FA ini ialah kepada Bournemouth pada 1984.Ia juga merupakan kekalahan dan sejarah hitam pertama buat Ferguson selaku pengurus sejak memegang jawatan itu pada 1986 

Youl'll Never Walk Alone!

03 January 2010

FA Cup 3rd Round : Reading - 1 vs Liverpool - 1


Reading 1 - 1 Liverpool

Scoring Summary
Reading
Liverpool
Simon Church (24)
Steven Gerrard (36)
Match Stats

Reading
Liverpool
Shots (on Goal)
3(3)
9(3)
Fouls
6
16
Corner Kicks
5
3
Offsides
1
2
Time of Possession
49%
51%
Yellow Cards
1
1
Red Cards
0
0
Saves
2
8
Match Information
Stadium: Madejski Stadium, England
Attendance: 23,656
Match Time: 17:15 UK
Official(s):
M Atkinson (Referee)
Teams
Reading
Liverpool
Adam Federici
25 Pepe Reina
16 Ivar Ingimarsson
23 Jamie Carragher
Matthew Mills
12 Fabio Aurelio
24 Ryan Bertrand
37 Martin Skrtel
Brynjar Gunnarsson
32 Stephen Darby
11 Jobi McAnuff
22 Emiliano Insua
Kalifa Cisse
Steven Gerrard
20 Jem Karacan
21 Lucas
25 Gylfi Sigurdsson
18 Dirk Kuyt
23 Grzegorz Rasiak
Fernando Torres
18 Simon Church
24 David Ngog

Aku tgk game ni kat Kedai Tungku's bersama Liverpool's Fans (Bella & Aiz) special guest saudara Edex (bdk M.Unyit) dan Ijam (bdk Arsengal)... uhuhhuhuh... Game mcm hampeh! Pass bola ntah ke mana2,huru-hara... Sakit hati jer...Malas nak komen lebih...

Apa2 pun game ni ada replay...tp aku x tau lg bila... apa2 pun mcm biasala.... seperti kata-kata hikmat di bwh ini... uhuhuhuhu ;)
Youl'll Never Walk Alone!

02 January 2010

Layan Movie!

Harini ujan sepanjang hari jd aku duk umah layan movie yg di download sudah.... Sempat gak la layan 2 citer.

1st Movie :


Action sci-fi movie yg penuh adegan2 tembak2, kepala hancur bersepai, aksi2 ganas... Sesuai untuk tontonan 21 tahun ke atas sbb byk unsur2 melampaui norma2 kehidupan rakyat Malaysia. ehehehe... Sedikit ulasan di mana mamat ni adalah banduan (ex-army) yg terpaksa jd  alat utk 1 reality-game supaya dpt terus hidup. Senang citer mcm korang main game Counter Strike tp yg jd askar tu org btul. Kalo mati, nasib la. ;p Mcm biasala, mesti ada org jahat iaitu owner yg buat game ni yg mempunyai misi untuk takluk dunia. Dan mcm biasala akhirnya hero la menang beb..Layan gak la sbb grafik dia mantap (sbb DVD rip kot..uhuhuhu).


2nd Movie :


Kalo dah Jack Black pelakonnya, tentu la citer klakar kan...mcm biasala, Jack Black trademark punya lawak, buat2 pandai & pandai cover line...yg selalu jadi mangsa semesti member dia lakonan Michael Cera...Cerita dia bermula lps dia kena halau dr kampung sbb mkn 'buah larangan' pastu dia & member dia pun merantau la kononnya utk mencari ilmu...dlm perjalanannya mcm2 adegan2 klakar yg berlaku...tp bg aku citer ni kureng skit, x layan sgt...lawak pun biasa2 je, tipikal Jack Black..hope can watch more better Jack Black's movie in 2010...



Mlm ni ada FA Cup 3rd Round - Reading vs Liverpool. Game start pkl 1.00 pagi kat ch 813. So kalo sempat esokla aku update resultnya. 




Youl'll Never Walk Alone!
Related Posts with Thumbnails