27 February 2010

MSL : Pulau Pinang - 0 vs Selangor - 1



Selangor melebarkan penguasaan di tangga teratas Liga Super setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan malam tadi. Walaubagaimanapun perlawanan tersebut berlangsung hambar dan membosankan.

Jaringan Rudie Ramli pada minit ke-77 memberikan tiga mata berharga kepada skuad Red Giants apabila lorongan cantik pemain gantian Mohd. Safee Sali berjaya memberikan mata berharga buat Selangor.

Turun tanpa gandingan Amri Yahyah dan Safee Sali, ternyata Selangor menghadapi kesukaran untuk menembusi benteng tuan rumah walaupun memperolehi beberapa peluang keemasan namun digagalkan sama ada oleh penyudah lemah atau kehebatan penjaga gol lawan Amir Omar Khata.

Keputusan tipis itu bagaimanapun membuatkan Selangor menarik nafas lega kerana berjaya menjarakkan lima mata dengan Terengganu di tangga kedua yang kini mengutip 14 mata. Selangor kini mengumpul 19 mata selepas lapan perlawanan manakala Skuad Harimau Kumbang terus menghuni dasar liga dengan hanya empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri.

SELANGOR: 21-Mohd Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 11-Mohd Zaiza Zainal Abidin, 20-Amirulhadi Zainal, 23-R.Surendren (10-Safee Sali), 14-Hardi Jaafar, 15-P.Gunalan (c), 9-Rudie Ramli (25-Fazilidin Khalid), 8-Safiq Rahim, 18-Liew Kit Kong (4-Mohd Asraruddin)

PERLAWANAN SETERUSNYA

SABTU (6 MAC 2010)

                                                        SELANGOR VS KEDAH

(STADIUM SHAH ALAM)
Youl'll Never Walk Alone!

26 February 2010

Europa League : Unirea Urziceni 1 - vs Liverpool - 3 (Aggregate 1-4)

Liverpool mengesahkan kedudukannya dalam 16 pasukan terakhir saingan Europa League apabila berjaya menewaskan Unirea Urziceni di Bucharest, Romania pada perlawanan kedua ini dengan jaringan 1-3. Liverpool layak dengan aggregate 1-4 setelah menang perlawanan pertama di Anfield dengan jaringan 1-0.

Pasukan dari Romania ini bagaimanapun bermula cemerlang apabila berjaya mendahului dengan jaringan Bruno Fernandes hasil dari sepakan sudut yang tidak dicabar oleh mana-mana pemain Liverpool. Jaringan tersebut menyamakan aggregate dan meresahkan penyokong-penyokong setia Liverpool.



Tetapi itu semua hanyalah sementara. Liverpool kembali mempunyai kelebihan apabila Mascherano melakukan jaringan dari jarak jauh sebelum Ryan Babel membolosi gawang Unirea dari jarak dekat. Steven Gerrard kemudian memastikan kedudukan Liverpool tidak tergugat apabila menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk melayakkan Liverpool ke pusingan seterusnya untuk bertemu Lille pada 11 Mac nanti.

Namun kejayaan Liverpool ini disulami keresahan apabila pertahanannya Martin Skrtel disahkan  mengalami kecederaan patah metatarsal. Dengan kecederaan itu memaksa Rafa untuk memilih defender yang ada samada Phillipp Degen atau Martin Kelly untuk perlawanan menentang Blackburn Ahad ini.

Tak habis-habis dengan injury. Bila Benayoun dan Torres dah OK, yang lain pulak yang tak OK.  Dah la aku tengok defends sekarang ni huru hara sikit. Haihhhh... Ada je masalahnya.

Unirea Urziceni 1 - 3 Liverpool 

Scoring Summary
Unirea Urziceni Liverpool
Joao Bruno Fernandes (18)Javier Mascherano (29)
Ryan Babel (40)
Steven Gerrard (57)
Match Stats

Unirea Urziceni Liverpool
Shots (on Goal) 7(2) 6(5)
Fouls 8 17
Corner Kicks 8 5
Offsides 1 0
Time of Possession 36% 64%
Yellow Cards 3 2
Red Cards 0 0
Saves 7 4
Match Information
Stadium: Unirea Valahorum Stadium
Attendance: 25,000
Match Time: 18:00 UK
Official(s):
Stefan Johannesson (Referee)

Teams
Unirea Urziceni Liverpool
Giedrius Arlauskis25 Pepe Reina
24 Vasile Maftei23 Jamie Carragher
22 Joao Bruno FernandesDaniel Agger
George Galamaz37 Martin Skrtel
23 Valeriu Ionut Bordeanu22 Emiliano Insua
8 Sorin ParaschivSteven Gerrard
32 Iulian Apostol15 Yossi Benayoun
10 Razvan Paduretu20 Javier Mascherano
30 Sorin Frunza21 Lucas
25 Marius Onofras19 Ryan Babel
Marius Bilasco24 David Ngog
Youl'll Never Walk Alone!

24 February 2010

AFC Cup : Selangor - 0 vs Becamex Binh Duong FC - 0



Perlawanan pertama Selangor dalam AFC Cup berakhir dengan keputusan seri 0-0 dengan pasukan dari Vietnam iaitu Becamex Binh Duong FC. Walaupun turun dengan sorakan kira-kira 5,000 penyokong sendiri, barisan serangan Selangor yang diketuai Mohd Safee Sali gagal untuk menghasilkan sebarang gol.

Skuad Gergasi Merah yang turun tanpa khidmat pemain import, bagaimanapun tidak gentar untuk menyaingi lawan yang memiliki tiga pemain dari Brazil, Afrika Selatan dan Nigeria.

Sayangnya, ketumpulan penyudah terus menjadi penghalang terbesar Selangor, malah ia dijangka memberi masalah buat pasukan itu kembali untuk perlawanan kedua menentang Sri Wijaya dari Indonesia di Palembang, 16 Mac ini.

Bagaimanapun pelawat jelas tidak dapat mudah meratah wakil dari Malaysia selepas membelasah Kedah 8-2 pada saingan suku akhir, tahun lalu ketika Selangor menjelmakan aksi membanggakan dan seharusnya mencuri tiga mata andai percubaan daripada Safee Sali pada babak kedua tidak terkena tiang.

Dengan keputusan seri 0-0 ini, kesemua pasukan di dalam Kumpulan F berkongsi satu mata apabila satu lagi perlawanan di antara wakil Maldives, Victory dan wakil Indonesia Sriwijaya FC turut berkesudahan tanpa jaringan.

SELANGOR: 21-Mohd Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Mohd. Nasriq Baharom, 7-Farderin Kadir (20-Amirulhadi Zainal), 10-Safee Sali, 12-Mohd. Bunyamin, 14-Hardi Jaafar, 15-P.Gunalan, 17-Amri Yahyah (c) (8-Safiq Rahim), 18-Liew Kit Kong (4-Mohd. Asraruddin)

BINH DUONG FC: 1-The Anh (GK), 2-Hoang Vuong, 4-Tran Chi Cong, 5-Nguyen Minh Chuyen (24-Chau Phong Hoa), 6-Vu Phong, 7-Kesley Huynh Alves, 8-Giang 9-Elenildo de Jesus, 10-Kubheka Philani Bhekizizwe, 15-Egbo Osita, 20-Quang Thanh (c)

 PERLAWANAN SETERUSNYA

SABTU (27 FEBRUARI 2010)

PULAU PINANG VS SELANGOR

(STADIUM BATU KAWAN)
Youl'll Never Walk Alone!

22 February 2010

BPL : Manchester City - 0 vs Liverpool - 0



Perlawanan penting bagi persaingan mendapatkan slot ke Champions League musim depan menjadi pertaruhan malam ini. Dengan perbezaan jurang hanya 1 mata yg membezakan Manchester City (currently 4th place) dan Liverpool (currently 5th place), kedua-dua pasukan ini tahu bahawa kemenangan adalah sesuatu yang WAJIB.

1st half menyaksikan perlawanan yang hambar di mana Liverpool ketandusan jentera serangan yang berkesan. Kelihatan pula barisan bentengnya yang sering kali melakukan kesilapan mudah yang hampir memberikan kelebihan kepada pihak lawan. Hanya tandukan sipi Skrtel dari sepakan penjuru Gerrard pada penghujung babak pertama merupakan percubaan berbahaya dari Liverpool.

Terubat sedikit kekecewaan apabila melihat Torres diletakkan sebagai pemain simpanan. Kelihatan juga Benayoun. Haih... bila la korang dapat main ni...begitu terasa kehilanganmu... ahahaha...

2nd half juga tidak banyak berubah. Kemasukan Benayoun dan Torres juga tidak berhasil namun sedikit sebanyak mengubah cara serangan Liverpool. Apa yang menarik ialah sebanyak 6 kad kuning dilayangkan kepada pemain Liverpool. Sehingga tamat permainan kedudukan tetap sama, seri tanpa jaringan.

Akibat keputusan ini, Tottenham Hotspur melonjak ke tangga ke-4 manakala Liverpool jatuh ke tangga ke-6. Pemburuan slot ke Champions League ini masih terbuka jadi The Reds tidak harus mencicirkan mata lagi selepas ini. Diharap kehadiran semula Torres dan Benayoun dapat menjana semula serangan Liverpool untuk kembali menggegar! Come on Liverpool!

Manchester City 0 - 0 Liverpool

Scoring Summary
Manchester City Liverpool
Match Stats

Manchester City Liverpool
Shots (on Goal) 5(1) 7(1)
Fouls 9 15
Corner Kicks 8 6
Offsides 3 2
Time of Possession 44% 56%
Yellow Cards 1 6
Red Cards 0 0
Saves 1 1
Match Information
Stadium: City of Manchester Stadium, England
Attendance: 47,203
Match Time: 15:00 UK
Official(s):
Peter Walton (Referee)
Teams
Manchester City Liverpool
Shay Given25 Pepe Reina
19 Joleon LescottDaniel Agger
33 Vincent Kompany37 Martin Skrtel
Wayne Bridge22 Emiliano Insua
Pablo Zabaleta23 Jamie Carragher
18 Gareth Barry20 Javier Mascherano
34 Nigel De Jong21 Lucas
25 Emmanuel Adebayor17 Maxi Rodríguez
Stephen Ireland19 Ryan Babel
11 Adam Johnson18 Dirk Kuyt
Shaun Wright-PhillipsSteven Gerrard


Youl'll Never Walk Alone!

21 February 2010

FA Cup : PKNS FC - 1 vs Selangor - 0

Mungkin kerana sudah berasa selesa dengan kemenangan 2-0 pada perlawanan pertama di Shah Alam tempoh hari, Selangor beraksi hambar dan hampir pulang dengan kekecewaan. Bagaimanapun Selangor tetap ke suku akhir dengan agregat 2-1.

Meskipun ketinggalan 0-2 secara agregat, skuad PKNS bimbingan Haji Abdul Rahman Ibrahim tidak mudah mengalah sebaliknya menghadirkan detik cemas buat Selangor apabila mendahului pada pertengahan babak pertama menerusi jaringan Alafi Mahmud untuk merapatkan jurang. Namun kekentalan barisan pertahanan Selangor di samping ketumpulan jentera serangan pasukan tuan rumah menjadikan kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.



Lawan Selangor di suku akhir nanti ialah Pos Malaysia yang membuat kejutan dengan menyingkirkan Felda United dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua. Selangor akan membuka tirai Piala AFC Kumpulan F menentang wakil Vietnam, Binh Duong FC di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

PKNS: 1-Saiful Amar Sudar, 2-Mohd. Hazrul Shah, 3-Aizulridzwan Razali,4-Fadhil Hashim (c), 5-Khairi Zainuddin, 15-Hairul Nizam Haniff, 23-Azrif Nasrulhaq Badrul, 18-Fitri Omar, 12-K.Premananthan (8-Fairuz Montana), 10-Alafi Mahmud (25-Khairul Anuar Ramly), 11-Zamri Hassan  

SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharum, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 20-Amirulhadi Zainal (4-Asraruddin Putra Omar), 8-Safiq Rahim, 14-Hardi Jaafar, 7-Farderin Kadir (18-Liew Kit Kong), 17-Amri Yahyah (c),10-Safee Sali (9-Rudie Ramli)

PERLAWANAN SETERUSNYA

SELASA (23 FEBRUARI 2010)


          SELANGOR VS BINH DUONG FC

(STADIUM SHAH ALAM)
Youl'll Never Walk Alone!

19 February 2010

Europa League : Liverpool - 1 vs Unirea Urziceni - 0

Setelah biasa sebelum ini bangun pkl 4 pagi di hari Rabu atau Khamis untuk menyaksikan Liverpool beraksi di Champions League, sesuatu yang baru tercipta apabila aku bangun pada pagi Jumaat untuk menyaksikan Liverpool beraksi di Europa League. ehehehe....

1st half Liverpool menyerang bertubi-tubi ke arah kubu Unirea Urziceni. Gerrard dan Ngog mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol tetapi tiada penyudah yang berkesan. Mahu tidak mahu Liverpool perlu mencari gol yang selesa pada 2nd half untuk mencari bekalan selesa bila bertandang ke Romania nanti.

2nd half juga tidak banyak berubah. Liverpool seolah-olah buntu. Sebab itu Rafa memasukkan penyerang muda iaitu Dani Pacheco dan Ryan Babel bagi menambah sengat jentera serangan. Tunggu punya tunggu punya tunggu...


Akhirnya hasil kombinasi 2 pemain gantian itu berjaya membuahkan hasil pada minit ke-81 apabila Ngog menyudahkannya melalui flying header untuk Liverpool mendahului 1-0. Walaupun menang, keputusan ini agak mengecewakan kerana Liverpool sepatutnya mendapatkan seberapa banyak gol yang mungkin kerana Liverpool menguasai sepenuhnya perlawanan ini.

Satu perkara menarik yang dapat dilihat dalam perlawanan ini ialah kehadiran 2 pembantu pengadil tambahan yang masing-masing berada di belakang garisan kedua-dua pintu gol. Bertindak sebagai "human camera", mereka ini akan membantu pengadil membuat keputusan di dalam kotak penalti. Masih dalam proses experiment, jika berjaya kaedah ini akan diperluaskan untuk EURO 2012 Qualifiers.

Tapi mcm tak berguna je bila Mascherano jelas dikasari berhampiran kotak penalti, tapi referee hanya bagi corner kick je... ;p

Liverpool 1 - 0 Unirea Urziceni 


Scoring Summary
Liverpool Unirea Urziceni
David Ngog (81)
Match Stats

Liverpool Unirea Urziceni
Shots (on Goal) 21(11) 4(1)
Fouls 15 8
Corner Kicks 14 1
Offsides 1 0
Time of Possession 59% 41%
Yellow Cards 1 2
Red Cards 0 0
Saves 2 10
Match Information
Stadium: Anfield, England
Attendance: 40,450
Match Time: 20:05 UK
Official(s):
E Braamhaar (Referee)
Teams
Liverpool Unirea Urziceni
25 Pepe Reina Giedrius Arlauskis
23 Jamie Carragher 19 Pablo Brandan
12 Fabio Aurelio 24 Vasile Maftei
Daniel Agger 22 Joao Bruno Fernandes
37 Martin Skrtel George Galamaz
Steven Gerrard 8 Sorin Paraschiv
11 Alberto Riera 32 Iulian Apostol
Alberto Aquilani 10 Razvan Paduretu
20 Javier Mascherano 30 Sorin Frunza
18 Dirk Kuyt 25 Marius Onofras
24 David Ngog Marius Bilasco

Youl'll Never Walk Alone!

17 February 2010

FA Cup : Selangor - 2 vs PKNS FC- 0



Selangor bangkit daripada 'tempoh rehat yang lama' untuk memulakan aksi mempertahankan mahkota Piala FA dengan nota ceria menewaskan PKNS 2-0 dalam perlawanan pertama, pusingan kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Selepas diberi laluan percuma pada pusingan pertama, skuad Merah Kuning bimbingan K Devan mendapati sukar untuk kembali ke rentak garang yang ditampilkan pada permulaan musim dan perlu menunggu sehingga minit ke-43 untuk menyaksikan rembatan kaki kiri Mohd Farderin Kadir menuju tiang kiri PKNS sebelum menerjah masuk ke dalam gawang.

Selepas rehat, gerakan barisan hadapan tuan rumah semakin tumpul yang memaksa jurulatih pasukan, K Devan memasukkan R Surendren bagi menggantikan Safee Salee pada minit ke-62. Sejurus itu rentak permainan mula berubah dan Selangor kembali mendominasi perlawanan pertama di kejohanan, musim ini.

Selangor menggandakan kelebihan menerusi gol R Surendren yang tampil menanduk masuk hantaran lintang cantik Safiq Rahim untuk menewaskan penjaga gawang PKNS, Saiful Amar Sudar pada minit ke-87.
Sebelum itu, pelawat mendapat peluang terbaik pada minit ke-75 hasil gerakan K Premanathan, namun percubaannya sekadar melepasi palang gol Selangor.

Kemenangan itu meletakkan Selangor pada landasan betul dalam usaha mengekalkan kejuaraan - sekali gus memberi laluan sukar buat ‘adiknya’ menjelang pertemuan timbal balik, pusingan kedua di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Sabtu ini.

SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharum, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 20-Amirulhadi Zainal (4-Asraruddin Putra Omar), 8-Safiq Rahim, 14-Hardi Jaafar, 7-Farderin Kadir, 17-Amri Yahyah (c) (9-Rudie Ramli), 10-Safee Sali (23-R.Surendren).

PKNS: 1-Saiful Amar Sudar, 9-P.Rajes, 5-Khairi Zainuddin, 15-Hairul Nizam Haniff, 4-Fadhil Hashim (c), 23-Azrif Nasrulhaq Badrul, 8-Fairuz Montana Zainal Abidin (18-Fitri Omar), 12-K.Premananthan (14-G.Mahathevan), 3-Aizulridzwan Razali, 24-Khairul Akhyar Husain (10-Alafi Mahmud), 11-Zamri Hassan.

PERLAWANAN SETERUSNYA

SABTU (20 FEBRUARI 2010)

    PKNS FC VS SELANGOR

(STADIUM MBPJ)
Youl'll Never Walk Alone!

11 February 2010

BPL : Arsenal - 1 vs Liverpool - 0



Setelah lama tidak merasa erti kekalahan dalam liga, Liverpool akhirnya tewas 1-0 kepada Arsenal di Emirates Stadium. Tandukan Abou Diaby pada minit ke-72 perlawanan sudah cukup mengecewakan Liverpool yang sedang berjuang untuk merapatkan jurang dengan 3 team teratas. Kecewa....

Dengan meletakkan Ngog sebagai single striker langsung tidak mengancam kubu Arsenal. Cuma Ryan Babel hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-87 tetapi penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia sempat menguis untuk bola terkena palang dan keluar. Hampa...

Kesimpulannya, game Liverpool pagi tadi bolehlah digambarkan dengan pergerakan bola yang hanya berlegar-legar di tengah padang dan kurang gerakan yang best. Membuatkan game 3.30 pagi ini amatlah membosankan dan menambah kemamaian kepalaku yang mengantuk ini. Bosan...

Arsenal 1 - 0 Liverpool


Scoring Summary
Arsenal Liverpool
Abou Diaby (72) 
Match Stats

Arsenal Liverpool
Shots (on Goal) 11(3) 10(4)
Fouls 21 15
Corner Kicks 3 6
Offsides 3 3
Time of Possession 48% 52%
Yellow Cards 3 2
Red Cards 0 0
Saves 4 2
Match Information
Stadium: Emirates Stadium, England
Attendance: 60,045
Match Time: 19:45 UK
Official(s):
Howard Webb (Referee)
Teams
Arsenal Liverpool
Manuel Almunia25 Pepe Reina
Thomas VermaelenDaniel Agger
10 William Gallas37 Martin Skrtel
22 Gaël Clichy22 Emiliano Insua
27 Emmanuel Eboue23 Jamie Carragher
17 Alexandre Song Billong20 Javier Mascherano
Abou Diaby21 Lucas
Cesc Fábregas17 Maxi Rodríguez
23 Andrei Arshavin18 Dirk Kuyt
52 Nicklas Bendtner24 David Ngog
Samir NasriSteven Gerrard
Youl'll Never Walk Alone!

07 February 2010

BPL : Liverpool - 1 vs Everton - 0

Perlawanan Merseyside Derby malam tadi akan tetap diingati sebagai permainan yang penuh emosi apabila Liverpool dipaksa bermain dengan 10 orang apabila pemain pertahanan Liverpool dari Greece iaitu Sotirios Kyrgiakos dibuang padang gara-gara mengkasari Marouane Fellaini.

Rafael Benitez percaya kemenangan 10 pemainnya ketika menewaskan Everton 1-0 itu, membuktikan pasukannya telah kembali ke landasan sebenar memburu tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Selepas melalui tempoh suram di awal liga, yang hampir memusnahkan harapan Liverpool mencari empat tempat teratas, pasukan Benitez kini semakin kukuh dengan tujuh perlawanan tanpa kalah dan kembali mencatur langkah memburu tempat dalam Kejohanan Eropah.



Sebelum ini, Benitez tidak habis-habis dengan alasan membela nasib Liverpool yang merudum, malah hampir sahaja kehilangan kerjanya.

Namun, semangat pemain Liverpool tetap teguh. Tengoklah cara mereka bermain, mengetepikan masalah kehilangan Sotirios Kyrgiakos yang dibuang padang pada babak pertama untuk menewaskan Everton menerusi tandukan Dirk Kuyt pada babak kedua perlawanan.

Best memang best. First half memang panassss... Fellaini bernasib baik tidak dilayangkan kad merah walaupun mengasak Kyrgiakos, malah Steven Pienaar yang akhirnya menerima dua kad kuning juga terlepas pandangan pengadil pada awalnya ketika mengasari Javier Mascherano.

Apa-apa pun aku puas hati, sekarang Liverpool berada dalam kedudukan Big Four dan berharap dapat menjarakkan diri dari team-team yang lain. Come on Liverpool!.


Liverpool 1 - 0 Everton


Scoring Summary
Liverpool Everton
Dirk Kuyt (55)
Match Stats

Liverpool Everton
Shots (on Goal) 11(3) 6(3)
Fouls 11 24
Corner Kicks 8 8
Offsides 1 4
Time of Possession 39% 61%
Yellow Cards 3 2
Red Cards 1 1
Saves 3 2
Match Information
Stadium: Anfield, England
Attendance: 44,316
Match Time: 12:45 UK
Official(s):
Martin Atkinson (Referee)
Teams
Liverpool Everton
25 Pepe Reina24 Tim Howard
Daniel Agger15 Sylvain Distin
16 Sotirios KyrgiakosJohnny Heitinga
22 Emiliano InsuaLeighton Baines
23 Jamie Carragher18 Phil Neville
21 Lucas25 Marouane Fellaini
20 Javier Mascherano21 Leon Osman
24 David Ngog20 Steven Pienaar
Steven GerrardLandon Donovan
17 Maxi RodríguezLouis Saha
18 Dirk Kuyt17 Tim Cahill
Youl'll Never Walk Alone!

03 February 2010

Liverpool's January Transfer Window Rumours


EXCLUSIVE!

liverpool, bola, selangor, reds, anfield, kamal, affendi

Kamal Affendi today completed his move from Selangor to Liverpool after signing a six-year contract.

The striker, understood to have cost a club-record fee of £35.5m, passed a medical at the club's Melwood training ground yesterday.

He briefly flew back to his homeland to say an emotional goodbye to fans in Kuala Lumpur before arriving back on Merseyside today to complete the formalities of the transfer.

After joining Liverpool, Kamal will get a paycheck of around $280,000 each week. WoW!

JOKE OF THE DAY!






Oleh kerana sekarang tengah berlangsung musim perpindahan pemain di EPL... aku cuba cari sedikit info untuk dikongsi bersama khas untuk fan Liverpool... ehehehe... dah nama pun rumours so tak semestinya player tu akan join Liverpool season ni. Harap2 dapatla player2 yg berkualiti skit untuk kurangkan beban Gerrard & Torres...at least ada gak backup kalo injured...bukan apa, kesian aku tengok Ngog bersungguh2 cari gol... ahahaha...

  • Liverpool berminat mendapatkan Kenwyne Jones dari Sunderland sebab memerlukan seorang striker sebagai pengganti Torres yang cedera. Sampai tutup transfer window,tiada kata putus diperolehi. Ngog mesti suka giler! ;p
  • Liverpool dan Arsengal dikatakan bersaing rapat untuk mendapatkan Marouane Chamakh dari Bordeaux. Last2 dua2 pun tak dapat. ;p

  • Andriy Voronin akhirnya melengkapkan perpindahannya ke Dynamo Moscow. Bye2 pony tail!
  • Corriere dello Sport kata yg AC Milan will make a move for Liverpool's Fernando Torres. Jangan harapla beb.

  • Liverpool dikatakan tengah bid Atletico Madrid midfielder Maxi Rodriguez, yg tamat  contract in the summer. Akhirnya Maxi Rodriguez ke Liverpool dgn perpindahan percuma dan menandatangani kontrak selama 3 tahun setengah. Welcome to da club mate!
  • Liverpool mungkin nak amik Olympiakos right-back Vasilis Torosidis sbg replacement for injured defender Glen Johnson.Mungkin seorang lagi player mcm Philipp Degen?Oh tidak! Fuh..nasib baik tak amik..lega den...
  • Liverpool mungkin akan loan Ruud Van Nistelrooy dari Real Madrid? Oh Abg Roy... ;p  Sekali Abg Roy pegi Hamburg SV daaa....
  • Napoli sporting director Riccardo Bigon dilaporkan terbang ke Liverpool to complete the signing of out-of-favour defender Andrea Dossena. Finally! Hope its true! Akhirnya Andrea Dossena melengkapkan perpindahannya ke Napoli di berjumlah sekitar £4.5 million. Dah lama aku harap dia blah... at last....ehehehe

Posting ini akan di update dari semasa ke semasa sehingga windows transfer ini berakhir... jd kita tunggu dan lihat je la yer... Mari kita lihat, sapa yg kena!!
 
Youl'll Never Walk Alone!
Related Posts with Thumbnails