18 March 2010

Dare To Ask Dato' Sri Najib About Manchester United? Yes...I Am...


13 Mac 2010 merupakan hari bersejarah dalam hidupku apabila aku antara 300 orang yang bertuah dijemput untuk menghadiri majlis Jamuan Petang 1Malaysia Bersama YAB Dato' Sri Najib Razak di kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.


Majlis ini diadakan bagi meraikan  rakan-rakan online PM sama ada di Facebook atau Twitter. Ianya bermula apabila aku mendapat tahu bahawa PM akan mengadakan jamuan untuk sesiapa yang menjadi rakan online beliau bagi bertemu dan beramah mesra dengan PM secara live!. Jadi aku pun register la kat blog 1Malaysia beliau tanpa mengharap sangat pun kan... :)

Sehinggalah aku menerima email "Kamal Affendi bin Abd Samad, Anda Dijemput" dan sender nya ialah Najib Razak! Dan email itu adalah seperti dibawah ini....


Macam tak percayakan...tapi mungkin dah rezeki aku... Alhamdulillah...Jadi aku pun reply la untuk hadir,rugi woooo kalo tak pegi...tapi kena sertakan satu soalan untuk PM...hurm, agak-agak apa la aku nak tanya kat PM ni...jadi aku post la kat FB, kot-kot ada yg bole bagi idea kat aku...jadi kat FB ada yang suruh tanya pasal bonus tahun ni la, tanya projek juta-juta la... ahahaha...macam-macam...so i decided to ask my own question... and the question is....


i know...what a question right?aku pun tak expect la dengan soalan ini aku terpilih untuk ajukannya pada PM nanti...dan dari lebih kurang 7 orang yang terpilih semasa sesi dialog dengan PM tu, aku adalah orang yang kedua untuk bertanyakan soalan aku pada PM...semasa aku nyatakan yang aku ni penyokong Liverpool, ada yang bertepuk dan ada yang boooo.. aku... uhuhuhu...tapi ada aku kisah.. :P

Okla,berikut antara jawapan PM yang aku ingat.... PM bertanya berapa ramai fans MU dalam dewan tu, wah...ramai gak...(yg angkat tangan tu berpura-pura,aku tau..ahahha)..pastu PM bertanya plak berapa ramai fans Liverpool...perghh,ramai gak...(bangga aku,ada gak yg support...ehehehehe) pastu PM ckp yg anak pompuan dia pun fan Liverpool and her daughter said that "Liverpool is the team of future"...but PM replied, "yeah...that's for 10 years ago..."...wah,boleh tahan gak PM ni..pedas sungguh jawapanmu itu...ahahaha...

Tapi yang aku tak sangka, malam tu soalan aku tu disiarkan kat TV3 masa Buketin Utama...prime time tu... ahahahaha...so bolela tengok kat atas tu..walaupun sekejap,tp bolehlah gak naikkan rating TV3 pada siaran tu... ahahahaha...

Ok pada majlis tu aku duduk di Table 9 di mana pelbagai kaum dan agama duduk bersama sesuai dengan konsep 1Malaysia yang diketengahkan. Ada yang datang dari Seremban, Subang Jaya, KL dan lain-lain lah. Ada yang keje dengan Proton, student dan best skali brother ni buat advertising dan animation. Dia kata tengah buat production cartoon Cingkus Blues, the first 2D animation from Malaysia is to be shown on the Nickelodeon channel. Mantap kan...

Nak dijadikan cerita, memangla berhajat nak amik gambar dengan PM & dapatkan autograph dia tapi ramai sangat org...tak kesampaian hajatku...last2 amik gamba dengan anak laki dia iaitu Ashman Razak. Pun jadi la kan... main turn table tu...Ashman ni jd Dj kejap masa kitaorang tengah makan... Dahsyat...



Last sekali, ada la amik gambar ramai2 dengan PM & wife...punya la bersesak-sesak...aku paham,semua excited...ahahahaha...masa nak balik tu sempatla salam dengan PM dan tanya dia... "M.U. yer Dato' Seri" and he replied.."Yer..M.U"... ahahaha...lawakkan...dalam banyak-banyak soalan,itu gak yang aku tanya... ;P


Last sekali, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato' Sri Najib Razak & family kerana menjemput dan mengadakan majlis yang sungguh bermakna kepada kami. Diharap majlis ini akan diadakan lagi bagi memberi peluang kepada rakyat untuk lebih dekat dengan pemimpin negara. Sesungguhnya gagasan 1Malaysia itu sangat baik dan dapat dilihat pada majlis itu dimana semua rakyat tanpa mengira kaum dapat bersama-sama dan berkenalan antara satu sama lain.



P/s : Walaupun Dato' Sri Najib penyokong M.U tetapi saya tetap penyokong Liverpool. Kita jumpa Ahad ini di Old Trafford... Oh yeahhhh....
Youl'll Never Walk Alone!

16 March 2010

BPL : Liverpool - 4 vs Portsmouth - 1

Yessss....Liverpool kembali untuk bersaing apabila menundukkan kelab tercorot Liga Perdana Inggeris, Portsmouth 4-1 pada perlawanan awal pagi tadi. Liverpool membuka jaringan pada minit ke-26 melalui Torres hasil hantaran Maxi Rodriguez yang tidak mensia-siakan kesilapan goalkeeper Portsmouth, Jamie Ashdown.



Keunggulan Liverpool semakin ketara dua minit kemudian apabila umpanan lambung Glen Johnson dari sisi kanan diterima oleh Torres, yang kemudian memberikan bola kepada Babel untuk disudahkan

Liverpool terus mendahului 3-0 setelah gerakan Steven Gerrard dimanfaatkan dengan baik oleh Aquilani iaitu gol pertamanya bersama Liverpool. Terus mengasak, Torres menunjukkan kehebatannya apabila menjaringkan gol ke-empat Liverpool pada minit ke 77. Portsmouth memperoleh gol saguhati menerusi Nadir Belhadj.

Liverpool 4 - 1 Portsmouth

Scoring Summary
Liverpool      Portsmouth
Fernando Torres (26)Nadir Belhadj (88)
Ryan Babel (28)
Alberto Aquilani (32)
Fernando Torres (77)
Match Stats

Liverpool Portsmouth
Shots (on Goal) 25(9) 9(3)
Fouls 10 16
Corner Kicks 8 4
Offsides 0 1
Time of Possession 65% 35%
Yellow Cards 0 2
Red Cards 0 0
Saves 2 5
Match Information
Stadium: Anfield, England
Attendance: 40,316
Match Time: 20:00 UK
Official(s):
Stuart Attwell (Referee)
Teams
Liverpool Portsmouth
25 Pepe Reina21 Jamie Ashdown
Daniel Agger35 Marc Wilson
23 Jamie CarragherRicardo Rocha
22 Emiliano InsuaHermann Hreidarsson
Glen Johnson16 Steve Finnan
20 Javier Mascherano11 Michael Brown
Alberto AquilaniPapa Bouba Diop
19 Ryan BabelJamie O'Hara
17 Maxi Rodríguez39 Nadir Belhadj
Fernando Torres24 Aruna Dindane
Steven GerrardFrederic Piquionne
Youl'll Never Walk Alone!

13 March 2010

MSL : Kelantan - 0 vs Selangor - 0

Jadual padat menjadi cabaran utama Selangor kerana terpaksa bermain tiga kejohanan berbeza dalam masa serentak iaitu Liga Super, Piala FA dan sebagai wakil tunggal Malaysia dalam Piala AFC 2010. Mungkin keletihan juga menjadi punca Selangor hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Kelantan di Kota Bahru malam tadi.

Kelantan menguasai hampir keseluruhan perlawanan yang berlangsung dalam hujan di hadapan kira-kira 20,000 penonton namun dihampakan tindakan penyudah lemah dan kekebalan benteng pelawat.



Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-39 apabila Hardi Jaafar menerima hantaran 'through ball' cantik namun sepakannya melambung tinggi tatkala hanya berhadapan dengan penjaga gol lawan, Khairul Fahmi.

Keadaan perlawanan tidak berubah di separuh masa kedua dengan Kelantan menguasai perlawanan namun gagal menembusi benteng pertahanan Selangor yang dikemudi Khairul Anuar Baharom.
Selangor hampir menghukum kegagalan tuan rumah menyempurnakan deretan peluang yang terhidang namun peluang yang diperolehi masing-masing oleh Amri Yahyah dan pemain gantian R. Surendren gagal disudahkan sekaligus mengakhiri perlawanan dengan keputusan 0-0.

SELANGOR: 21.Hamsani Ahmad, 3.Razman Roslan, 5.Khairul Anuar Baharum, 6.Nasriq Baharom, 15.P.Gunalan, 20.Amirulhadi Zainal (19.D.Surendran), 12.Bunyamin Umar, 14.Hardi Jaafar, 8.Safiq Rahim (4.Asraruddin Putra Omar), 17.Amri Yahyah (c), 10.Safee Sali (23.R.Surendren)

PERLAWANAN SETERUSNYA

SELASA (16 MAC 2010)

                                                  SRIWIJAYA FC VS SELANGOR


(STADIUM JAKA BARING, PALEMBANG)


Youl'll Never Walk Alone!

12 March 2010

Europa League : Lille 1 - vs Liverpool - 0

Rafa Benitez semakin tercabar di Liverpool apabila tewas kepada Lille dalam perlawanan pertama 16 pasukan terakhir Europa League. Walaubagaimanapun Rafa tetap yakin bahawa pasukannya itu akan berjaya mara ke peringkat seterusnya apabila Lille bertandang ke Anfield nanti.

Setelah tewas kepada Wigan dalam Premier League, fanatik The Reds mengharapkan Liverpool akan bangkit dalam perlawanan ini. Tetapi sungguh menghampakan apabila Liverpool ditewaskan oleh sepakan percuma yang diambil pemain berusia 19 tahun, Eden Hazard ketika perlawanan berbaki enam minit. 


Perlawanan peringkat kedua akan diadakan pada 18 Mac, dan Liverpool bakal menghadapi perlawanan itu tanpa kelebihan gol di tempat lawan selepas dua penyerang harapan iaitu Fernando Torres dan Ryan Babel gagal menyudahkan peluang. 

Torres yang hanya beraksi dalam perlawanan keduanya selepas kembali daripada kecederaan sempat menguji penjaga gol Lille, Mickael Landreau, namun keseluruhannya tidak banyak percubaan dilakukan bintang Sepanyol itu.

Pasukan The Reds akan kembali beraksi dalam saingan liga dengan menentang kelab tercorot, Portsmouth, pagi Selasa ini. Waktu pagi yang kurang membawa tuah kepada Liverpool sejak kebelakangan ini....


Lille 1 - 0 Liverpool

Scoring Summary
Lille Liverpool
Eden Hazard (85) 
Match Stats

Lille Liverpool
Shots (on Goal) 8(4) 7(6)
Fouls 13 20
Corner Kicks 4 3
Offsides 3 2
Time of Possession 57% 43%
Yellow Cards 2 2
Red Cards 0 0
Saves 5 5
Match Information
Stadium: Lille Metropole
Attendance: 18,000
Match Time: 18:00 UK
Official(s):
Alan Larsen (Referee)

Teams
Lille Liverpool
16 Mickael Landreau25 Pepe Reina
18 Franck Beria23 Jamie Carragher
15 Conceicao EmersonGlen Johnson
23 Adil RamiDaniel Agger
Florent Balmont22 Emiliano Insua
10 Ludovic ObraniakSteven Gerrard
24 Antonio Mavuba20 Javier Mascherano
Yohan Cabaye21 Lucas
22 Aurelien Chedjou Fongang18 Dirk Kuyt
26 Eden HazardFernando Torres
17 Pierre-Alain Frau19 Ryan Babe

Youl'll Never Walk Alone!

10 March 2010

FA Cup : Pos Malaysia FC - 1 vs Selangor - 5



Selangor terus menyambung watak garang dengan kali ini membaham pendatang baru, Pos Malaysia 5-1 dalam perlawanan pertama, suku akhir Piala FA di Stadium Selayang, malam tadi. Dua jaringan daripada Amri Yahyah dan Rudie Ramli serta satu jaringan Safee Sali meletakkan Selangor kini sudah sebelah kaki melangkah ke separuh akhir bertemu sama ada KL Plus atau Negeri Sembilan.

Dua gol awal Amri bermula dengan rembatan kencang dalam kotak penalti minit ke-22, disusuli tolakan mudah ke gawang lawan lima minit kemudian. Tiga minit sebelum rehat, Amri mengumpan bola kepada Safee yang kemudian meluru ke dalam kotak penalti menyempurnakan gol ketiga Selangor.

Separuh masa kedua, Selangor menambah jaringan menerusi Rudie Ramlie (m-70 dan 78) manakala gol tunggal Pos Malaysia oleh Khairul Zal Azmi (m-77). Namun Selangor yang berstatus juara bertahan tidak boleh leka dengan kemenangan ini kerana masih perlu mengharungi baki 90 minit perlawanan suku akhir kedua yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Mac depan.

Jumaat ini, Selangor akan bertemu Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu untuk aksi Liga Super yang diawalkan sehari. Ini kerana, Selangor selepas itu akan bertandang pula ke Palembang, Indonesia untuk bertemu Sriwijaya FC pada saingan Piala AFC 2010, Selasa depan.

POS MALAYSIA: 22.Shahruddin Ismail, 4.Khairul Zambry Zulkeply, 6.Fadhullah Yunfisar (c) (18.Roslan Basiron), 15.Azirol Ramli, 21.Faizal Nasir, 19.G.Puaneswaran, 8.Rahim Abu Bakar, 16.Arman Zairi Md Johan, 23.Zafran Olibullah (13.Hafizi Aminuddin), 7.Hanifuddin Abd Rahman, 9.Ahmad Sawai Din (12.Khairul Zal Azmi).

SELANGOR: 21.Hamsani Ahmad, 3.Razman Roslan, 5.Khairul Anuar Baharum, 6.Nasriq Baharom, 15.P.Gunalan, 20.Amirulhadi Zainal, 12.Bunyamin Umar, 14.Hardi Jaafar (4.Asraruddin Putra Omar), 8.Safiq Rahim, 17.Amri Yahyah (c) (9.Rudie Ramli), 10.Safee Sali (18.Liew Kit Kong)

PERLAWANAN SETERUSNYA

JUMAAT (12 MAC 2010)


                                                        KELANTAN VS SELANGOR

(STADIUM SULTAN MUHAMMED IV, KOTA BAHRU)
Youl'll Never Walk Alone!

09 March 2010

BPL : Wigan Athletic - 1 vs Liverpool - 0

Haihhhh...kecewa betul la dengan game ni...kenapa dengan team2 bawahan ni Liverpool asyik hilang point je...pagi2 dah terima sms dari membe2 Liverpool aku yang kecewa dengan game ni... kat FB pun sama, meluahkan perasaan...dah macam kaunselor plak aku ni... ahahaha...

Selepas terjaga pkl 4.20 pagi, terasa malas aku nak tengok game pagi tadi. Rasa nak sambung tido je...tapi alang-alang dah jaga, ku gagah kan diri ini untuk tengok juga. Seperti game-game away Liverpool yang lain, game huru-hara...tidak keruan...semua tak menjadi...dan seperti biasa keadaan itu akan diambil kesempatan oleh team lawan. 


Akhirnya akibat kesilapan Kuyt yang dengan tenang memberikan bola kepada pihak lawan, Wigan mendahului dengan gol jaringan oleh Hugo Rodallega pada minit ke-35 perlawanan. Tanpa berlengah lagi aku pun tutup TV dan sambung tido walaupun ada separuh lagi perlawanan. Dan gol itu nampaknya bertahan sampai habis perlawanan.

Keputusan ini betul-betul buat aku bengang. Kalau asyik tercicir point je, mcmana nak dapat tempat ke Champions League. Lepas tu cicir point  dengan team2 bawahan. Terseksa jiwa raga ku... ehehehehe... Kepada membe2 Liverpool ku...Sabar... Masa yang indah itu akan tiba jua... muahahahaha...


Wigan Athletic 1 - 0 Liverpool 

Scoring Summary
Wigan Athletic Liverpool
Hugo Rodallega (35)
Match Stats

Wigan Athletic Liverpool
Shots (on Goal) 13(4) 13(0)
Fouls 15 14
Corner Kicks 4 7
Offsides 0 1
Time of Possession 38% 62%
Yellow Cards 1 5
Red Cards 0 0
Saves 0 3
Match Information
Stadium: DW Stadium
Attendance: 17,427
Match Time: 20:00 UK
Official(s):
A Marriner (Referee)
Teams
Wigan Athletic Liverpool
Chris Kirkland25 Pepe Reina
19 Titus Bramble16 Sotirios Kyrgiakos
Gary Caldwell23 Jamie Carragher
31 Maynor Figueroa22 Emiliano Insua
17 Emmerson Boyce20 Javier Mascherano
24 James McCarthy21 Lucas
27 Mohamed DiameSteven Gerrard
18 Marcelo Moreno15 Yossi Benayoun
Paul Scharner17 Maxi Rodríguez
20 Hugo RodallegaFernando Torres
14 Charles N'Zogbia18 Dirk Kuyt
Youl'll Never Walk Alone!

07 March 2010

MSL : Selangor - 4 vs Kedah - 0



Puas hati! Itulah perasaan aku bila tengok game ni malam semalam. Bimbang Selangor beraksi hambar seperti perlawanan menentang Pulau Pinang tempoh hari, tetapi perlawanan bertenaga disajikan oleh pemain-pemain Selangor. Dengan deretan peluang untuk menjaringkan gol, hanya 4 jaringan gol dihadiahkan kepada penyokong-penyokong Selangor yang dianggarkan seramai 10 ribu orang. Kira OK la tu kan... ;p

Gol yang dicari Selangor menjelma pada minit ke-26 setelah Safee bijak melihat Helmi terkeluar daripada posisinya dengan melakukan rembatan kencang kaki kiri dari luar kotak penalti yang terus menerjah penjuru kiri gawang gol Kedah. Hanya tiga minit selepas itu, Selangor pula berjaya memperolehi gol kedua selepas Amirulhadi menyudahkan gerakan satu duanya bersama Hardi Jaafar.

Pasukan pelawat dari utara bimbingan Ahmad Yusof, terus tersungkur dengan sepakan lambung ketua pasukan, Amri yang memerangkap penjaga gol Helmi Eliza Elias pada minit ke-60. Minit ke-76 pula menyaksikan Amirulhadi merembat separuh voli setelah mendapat umpanan lintang pemain gantian, D. Surendran dari sebelah kanan untuk melengkapkan kemenangan Selangor.

Dengan kemenangan besar itu, Selangor kekal di tangga teratas Liga Super dengan 22 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.

SELANGOR: 21.Hamsani Ahmad, 3.Razman Roslan (19.D.Surendran), 5.Khairul Anuar Baharum, 6.Nasriq Baharom, 15.P.Gunalan, 20.Amirulhadi Zainal (16.Azrine Efendy Saduddin), 12.Bunyamin Umar, 14.Hardi Jaafar, 8.Safiq Rahim, 17.Amri Yahyah (c), 10.Safee Sali (23.R.Surendren).

KEDAH: 1.Helmi Eliza Elias, 17.V.Thirumurugan, 3.Shahril Faizal Sharifuddin, 20.Khairul Helmi Johari, 21.Sabre Mat Abu, 7.Baddrol Bakhtiar, 8.Shahrulnizam Mustafa (c) (6.Shafizan Hashim), 29.Arfan Rasyid (24.Faizal Abu Bakar), 9.Azmi Muslim, 13.Saramsak Kram (27.Aminuddin Azmi), 14.Azlan Ismail.

PERLAWANAN SETERUSNYA

SELASA (9 MAC 2010)


                                           POS MALAYSIA FC VS SELANGOR

 (STADIUM SELAYANG)
Youl'll Never Walk Alone!

01 March 2010

BPL : Liverpool - 2 vs Blackburn Rovers - 1

Setelah sekian lama menunggu akhirnya Torres kembali dalam kesebelasan utama Liverpool. Perlawanan ini sangat penting supaya Liverpool tidak tercicir mata lagi kerana pencabar-pencabar terdekatnya menang minggu ini.

Pada separuh masa pertama, Liverpool bermula cemerlang apabila membuka jaringan dari gerakan menarik oleh Captain Fantastic iaitu Steven Gerrard pada minit ke-20 perlawanan. Bagaimanapun Carragher memberikan Blackburn sepakan penalti hasil dari situasi kelam kabut yang menyebabkan bola terkena tangannya. Keith Andrews menyempurnakan penalti tersebut pada minit ke-40 walaupun kelihatan Reina hampir menyelamatkannya.


Bagaimanapun kedudukan ini tidak lama. Liverpool kembali mendahului apabila Torres kembali dengan sentuhan jaringannya pada minit ke-44 hasil hantaran Maxi Rodríguez.

Pada separuh masa kedua, Liverpool berhempas pulas mempertahankan kelebihan yang ada terutama sekali pada 10 minit terakhir perlawanan. Reina menjadi penyelamat apabila berjaya menyelamatkan tandukan Christopher Samba yang hampir-hampir menerjah ke gawang Liverpool.

Akhirnya kedudukan 2-1 ini kekal hingga tamat perlawanan. Memang mencemaskan. 3 mata berharga ini begitu penting buat Liverpool. Semoga langkah kemenangan ini berterusan. Oh  yeaaahhhh..... Good luck Liverpool!

Liverpool 2 - 1 Blackburn Rovers

Scoring Summary
Liverpool Blackburn Rovers
Steven Gerrard (20)Keith Andrews (pen 40)
Fernando Torres (44)
Match Stats

Liverpool Blackburn Rovers
Shots (on Goal) 13(3) 14(8)
Fouls 11 25
Corner Kicks 4 5
Offsides 2 1
Time of Possession 55% 45%
Yellow Cards 1 5
Red Cards 0 0
Saves 7 1
Match Information
Stadium: Anfield, England
Attendance: 42,795
Match Time: 15:00 UK
Official(s):
Alan Wiley (Referee)
Teams
Liverpool Blackburn Rovers
25 Pepe ReinaPaul Robinson
Daniel AggerGael Givet
23 Jamie CarragherChristopher Samba
12 Fabio Aurelio21 Martin Olsson
20 Javier Mascherano27 Míchel Salgado
21 Lucas12 Morten Gamst Pedersen
Steven Gerrard17 Keith Andrews
15 Yossi Benayoun15 Steven Nzonzi
17 Maxi Rodríguez23 David Hoilett
Fernando Torres18 El-Hadji Diouf
18 Dirk Kuyt22 Nikola Kalinic
Youl'll Never Walk Alone!
Related Posts with Thumbnails